TAHUN BARU CINA MENGERATKAN HUBUNGAN ANTARA KAUM DI PERAK

Dicatat oleh MisbahulMunir Wednesday, February 17, 2010





Sambutan Tahun Baru Cina PR disambut meriah oleh pelbagai kaum di Taiping. Semalam mulai pukul 10.00 pagi lagi, orang ramai mulai mengunjungi Jamuan Tahun Baru Cina anjuran PR negeri Perak. Majlis diadakan di Dewan Kwangtung Taiping, ribuan orang membanjiri dewan tersebut sehingga melempah ke luar dewan.

Semua pimpinan tertinggi PR negeri Perak menghadirinya. Tetamu PR pusat yang turut hadir ialah YB Lim Kit Siang yang juga Penasihat DAP dan Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Ptresiden PAS. Program dimulakan dengan mendengar ucapan-ucapan dari pimpinan PR negeri dan Pusat.
Kehadiran semua pimpinan PR, para ADUN PR dan rakyat pelbagai kaum mempamerkan bahawa PR tetap disayani oleh rakyat. Kelihatan perpaduan dan keharmonian benar-benar wujud dalam barisan kepimpinan PR peringkat negeri dan pusat serta perpaduan dan yang ditunjukkan oleh orang ramai.
Pelbagai hidangan dari menu masakan Cina yang halal turut disajikan selain masakan Melayu dan sebagainya. Penyokong PAS, DAP dan PKR tidak lagi kekok duduk bersebelahan menikmati jamuan. Indahnya perpaduan yang semakin kukuh dipamerkan dalam majlis Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh PR Perak. UMNO yang menuduh PR rapuh semakin kecewa dengan gambaran ini.

UMNO BNlah yang semakin rapuh ikatan mereka, MCA masih lagi bercakaran, MIC begitu juga, PPP tidak nampak kesatuan mereka, dan UMNO sendiri sedang menuju saat kehancurannya. Mereka merasa ada kekuatan, kerana kerajaan Pusat masih lagi dikuasai dengan majoriti yang kecil.

Majlis berakhir kira-kira jam 1.00 tengahari dengan ucapan YB Lim Kit Siang.

Dalam perjalanan saya petang semalam menuju ke Gerik untuk berceramah dengan Mat Sabu, saya sempat singgah di Kg. Air Kala, Lenggong untuk menghadiri Jamuan Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh PR Lenggong. Jamuan diadakan di Dewan Kg. Air Kala yang masyarakat Cina ramai mendiami perkampungan tersebut.
Sambutan juga menggalakkan, orang Cina dan Melayu sama ramai memenuhi dewan, kehadiran adalah di luar jangka. Makanan yang disajikan tidak mencukupi, akhirnya sebahagian orang Melayu tidak makan kerana memberi laluan kepada masyarakat Cina menikmati hidangan.
Kehadiran saya tidak sangat dirasai oleh orang ramai sebab saya tidak dikenali ramai oleh masyarakat Cina, hanya ahli dan penyokong PAS sahaja yang mengenali saya. Namun apabila saya diminta berucap dan diperkenalkan oleh pengerusi sebagai bekas Setiausaha Politik HJ Nizar, barulah masyarakat Cina memberi tepukan yang bergemuruh. Ternyata rakyat tetap sayang pada Hj Nizar sebagai MB rakyat yang sah.UMNO BN semakin rungsing dengan sokongan rakyat, kini di Lenggong UMNO BN terpaksa menganjur ceramah siang malam bagi menangkis hujjah pembangkang, UMNO BN tidak lagi yakin dengan radio, tv dan akhbar mereka. Tapi UMNO terpaksan menggunakan semua kemudahan kerajaan untuk menganjurkan ceramah tersebut, pengangkutan pula disediakan. Kebangkitan rakyat semakin ketara di merata tempat dan ia sangat mengusatrkan UMNO BN. Ceramah saya dengan Mat Sabu malam tadipun dihadiri begitu ramai rakyat di Gerik.

Rakyat dahagakan maklumat yang benar dan tepat. Manakala media arus perdana tidak pernah melaporkan berita yang benar mengenai PR. Ceramahlah satu-satunya media alternatif yang terbaik untuk rakyat dapatkan maklumat. Sebab itu,apa sahaja kesempatan termasuk dalam majlis jamuan yang dihadiri ramai orang, ia akan diselikan juga dengan ceramah ringkas bagi menyampaikan mesej perjuangan yang jelas kepada rakyat.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!