PRESIDEN PAS TERJUN LAUT SELAMATKAN MANGSA LEMAS

Dicatat oleh MisbahulMunir Wednesday, February 17, 2010


Saya dapat berita dari Trengganu, hari Ahad yang lalu 14 Februari, Presiden PAS bersama anak-anaknya terjun laut selamatkan mangsa yang hampir lemas di laut ketika mandi di Pantai Rusila. Orang ramai terkejut besar dengan keberanian dan ketangkasan Tuan Guru Presiden yang mendahului orang lain dalam usaha menyelamatkan mangsa. Pada hal ramai anak-anak muda yang berada di situ.

Usia 63 tahun tidak menghalang Datuk Presiden bertindak pantas terjun dan berenang menyelamatkan mansgsa. Inilah sikap pemimpin yang sebenar, sayangnya pada rakyat mengatasi keselamatan nyawanya sendiri. Pada hak Datuk Presiden boleh menjerit mengarahkan anak buahnya menyelamatkan mangsa, tetapi beliau tidak berbuat demikian, beliau sanggup mempetaruhkan nyawa demi nyawa orang lain. Sikap inilah yang wajar dicontohi oleh pemimpin-pemimpin yang lain.

Kalau inilah sifatnya pemimpin, beliau sangat layak menerajui kepimpinan negara yang dikuasai oleh pemimpin yang rakus dan mementingkan diri dan kroni dari kepentingan rakyat jelata.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!