TERKINI DI MAHKAMAH FEDERAL

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, February 9, 2010

Sebagaimana yang dijangkakan, keputusan telah memihak kepada Zambry. Demikian menurut YB Khalil Idham Lim yang berada di mahkamah bagi mengikuti sidang penghakiman yang dibuat oleh hakim Mahkamah Federal. Lima hakim membuat penghakiman 5 - 0 ke atas kes Nizar vs Zambry.

Isyarat Zambry akan menang sudah tercium sejak awal lagi, kehadiran para EXCO, ADUN dan penyokong-penyokongnya yang ramai menyakinkan bahawa mereka akan menang. Hampir mustahil mereka tidak mendapat maklumat dari sumber dalaman yang keputusan menyebelahi mereka. Lantaran itulah, meraka datang beramai-ramai untuk menunggu keputusan dan meraikan kemenangan.

Kita menghormati keputusan hakim, menghormati keputusan bukan bermakna menyokong kemenangan mereka, keputusan hakim juga belum pasti menunjukkan Zambry di pihak yang benar. Hanya hakim rakyat sahaja yang menentukan siapa yang benar.

Keputusan ini mengundang implikasi yang sebahagian besar rakyat Perak kemungkinan tidak puas hati dengan keputusan. Ia juga mengundang keraguan rakyat terhadap sistem penghakiman negara. Hj Nizar yang menang sekalipun, penyokong BN juga tidak berpuas hati. Justeru itu, keadilan hanya dapat diputuskan oleh rakyat melalui melalui pilihanraya. Zamnry yang diisytihar sebagai MB yang sah, mengadaplah Tuanku untuk mohon DUN Perak dibubarkan. Kalau kamu yakin dengan sokongan rakyat, dan mahukan mandat rakyat yang lebih sah, bubarkanlah DUN Perak.

Saya yakin, keputusan hakim tidak boleh menghalang keraguan rakyat kepada UMNO BN untuk terus menerajui negeri Perak. Tindakan tiga orang pengkhianat ini tidak akan dimaafkan oleh rakyat melainkan mereka mengosongkan kerusi dan beri peluang rakyat di dun mereka memilih adunnya yang baru.

Penyokong PR harap bersabar menerima keputusan ini. Kita ada hak untuk tidak puas hati, luahkanlah ketidak puashatian itu melalui gerak kerja bagi menawan hati rakyat supaya pilihanraya akan datang, UMNO BN akan dihukum dengan seberat-beratnya. Jentera pilihanraya pula tidak akan berdiam diri, teruskan perancangan bagi menawan DUN Perak denga penyusuan kerja yang mantap, tersusun dan rapi.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!