ADUN PR KELUAR DEWAN.

Dicatat oleh MisbahulMunir Wednesday, March 31, 2010


Adun PR bertindak keluar dewan apabila Ganesan tidak mengikut peraturan dan mematikan suis pembesar suara PR. Soalan-soalan lisan Adun PR yang kecil bilangannya tidak dibenarkan diberikan soalan tambahan. Speaker haram Ganesan pula tidak mengindahkan 'point of order' oleh Adun PR. Persidangan seolah-oleh sidang Adun BN.

Perbahasan ucapan Titah Tuanku sepatutnya dibuat selepas selesai jawapan soalan lisan, pembentangan rang-rang undang atau enakmen mestilah dikemudiankan. Adun PR membuat protes dan bantahan, protes tidak dihiraukan,suis pembesar suara pula ditutup. Adun PR bertindak keluar dewan. Selepas Adun PR keluar dewan barulah ada usul junjung kasih Titah Ucapan Tuanku oleh Menteri Besar Perak.

Ternyata Ganesan tidak reti kendalikan persidangan dan memang tidak layak sebagai Speaker Dewan Negeri Perak.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!