DAKWAAN TUAN GURU NIK AZIZ DISINGKIR MELESET

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, March 30, 2010

Ternyata segala telahan dan dakwaan oleh beberapa penulis blog kononnya YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan disingkir sebagai Mursyidul Am PAS meleset. Mesyuarat kedua Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang hari ini melantik semula YAB Datuk Tuan Guru sebagai Mursyidul AM untuk tempoh lima tahun mulai 2010 - 2015. Manakala Datuk Dr. Harun Din turut dilantik semula sebagai Timbalab Mursyidul Am.

Semua pihak mengalu-alukan perlantikan ini. Semuga Majlis Syura Ulama PAS akan berfungsi sebagai badan tertinggi parti yang akan mengawal parti supaya kekal dengan landasan perjuangan yang sebenar, tidak lari dari ajaran Al Quran dan As Sunnah dan tidak juga lari dari Perlembagaan PAS itu sendiri.

Ada komen dan cadangan supaya keanggotaan Majlis Syura Ulama dikaji semula. Mereka yang ada kepentingan dalam organ parti tidak layak dilantik. Sehingga sekarang keanggotaan Majlis Syura Ulama adalah sebagaimana yang terkandung dalam Perlembagaan PAS Fasal 7A. Tidak timbul untuk mereka meletak jawatan dan melantik ulama lain yang tidak ada kepentingan dengan organ parti. Cadangan seumpama itu ada baiknya, tetapi Perlembagaan PAS mesti dipinda semula dalam Muktamar Agung Khas bagi meluluskan pindaaan-pindaan tersebut.

Sewaktu pindaan Perlembagaan PAS tersebut dibuat dalam Muktamar Agung Khas 2006 dan 2007, para perwakilan sebulat suara menerima pindaan dan ketetapan yang terkandung dalam perlembagaan PAS. Keputusan perwakilan menerima sebulat suara itulah keputusan semua ahli PAS. Semua ahli PAS wajib menghormati keputusan ini, mereka berhak berbeza pendapat, tetapi tidak berakhlak kalau keputusan dipertikai melalui tulisan-tulisan dalam blog.

Ahli-ahli PAS yang bercadang meminda keanggotaan Majlis Syura Ulama boleh mengemukakan satu usul dalam Mesyuarat Agung PAS Cawangan atau Kawasan atau Negeri. Usul tersebut mestilah datangnya dari perwakilan, kemudian dibahas di peringkat masing-masing sehinggalah usul tersebut berjaya dibawa ke peringkat Muktamar PAS Pusat. Sekiranya dipersetujui barulah usul tersebut akan diangkat untuk tindakan, oleh kerana ia melibatkan pindaan perlembagaan, Muktamar Agung Khas bagi meminda perlembagaan akan diadakan. Ini proses biasa dalam peraturan parti.

Kita mengharap dengan terlantiknya semua Ahli Majlis Syura Ulama, PAS akan semakin kuat dan mantap. Majlis Syura Ulama diharap benar-benar berfungsi sebagai badan yang tertinggi parti. Dalam menanggapi isu-isu besar negara, Majlis Syura Ulama hendaklah tampil kehadapan. Badan ini insyaallah akan dihormati, ahli-ahlinya sudah tentu mempunyai kelayakan dari sudut ilmu dan akhlak.

Loading...

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!