PIMPINAN PAS PERAK KE MESIR, JORDAN DAN UK

Dicatat oleh MisbahulMunir Friday, March 5, 2010

Pimpinan PAS Perak akan melawat Mesir, Jordan dan UK pada 9hb Mac hingga 22hb. Mac 2010. Lawatan tersebut diadakan dalam rangka merapatkan hubungan antara pimpinan PAS Perak dengan beberapa pertubuhan Islam di Mesir, Jordan dan UK.

Rombongan PAS Perak dijangka berada di Mesir dari 9hb Mac hingga ke 13hb Mac, kemudian mereka akan berada di Jordan dari 13hb. Mac hingga 15hb. Mac, seterusnya mereka akan berangkat pula ke UK pada 16hb Mac dan akan berada di sana sehingga 22hb. Mac 2010. Rombongan akan kembali ke tanah air pada 23hb. Mac 2010.

Rombongan PAS Perak diketuai sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Abu Bakar Husein. Turut menyertai ialah YB Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin, Tuan Hj Asmuni, YB Khalil Idham Lim dan beberapa pimpinan yang lain dijangka akan mengunjungi ulama-ulama gerakan Islam terbilang di Mesir dan Jordan. Begitu juga lawatan di UK, mereka dijangka bertemu dengan beberapa pertubuhan Islam berpengaruh dan pimpinan gerakan Islam Ikhwan yang bermaustautin di UK.

Kesempatan itu juga, beberapa siri ceramah, dialog, dan forum akan dianjurkan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Mesir, Jordan dan UK bagi mengetahui perkembangan politik semasa di tanah air khususnya isu-isu di Perak.

Kehadiran mereka dijangka akan disambut oleh ribuan pelajar di sana, kedatangan mereka sememangnya dinanti-nanti oleh para pelajar dan juga pimpinan gerakan Islam terutamanya YB Dato' Seri Hj Nizar. Puluhan mesej telah saya terima dari beberapa pelajar Mesir, Jordan dan UK bertanyakan kehadiran Hj Nizar sebaik mereka mendapat maklumat yang PAS Perak akan berkunjung ke sana.

Sejak PR memerintah, gerakan pelajar di luar negeri sering menghubungi saya untuk menjemput YB Hj Nizar berkunjung ke sana, kesebukan menguruskan negeri yang baru diperintah menyukarkan YB Hj Nizar untuk meninggalkan Perak, sekalipun tidak lagi memerintah selepas kejatuhan, kesempatan yang terluang tidak pernah ada, YB Hj Nizar berdepan pula dengan kes di mahkamah.

Kini peluang rakyat Malaysia di ketiga-tiga negara terbuka apabila pimpinan PAS Perak akan berkunjung ke sana selama hampir dua minggu. Harap rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk bertemu dan berdialog dengan pimpinan PAS Perak bagi mengetahui kemelut politik di Perak.

Kepada rakyat Malaysia di UK, maklumat lanjut program lawatan PAS Perak ke UK boleh hubungi sdr. Muhaimin di talian +447865467018.


About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!