IPOH, Tanggal 3 Mac pada setiap tahun merupakan satu tarikh yang amat
meruntun jiwa bagi setiap umat Islam di zaman moden ini.

Demikian menurut Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar ketika ditanya
mengenai ulangtahun kejatuhan Khilafah Islamiyah di bawah pemerintahan
Kamal Attaturk laknatullah.

Menurut beliau, tarikh 3 Mac 1924 merupakan detik kejatuhan Khilafah
Uthmaniyah yang mana pada detik itu, Islam tidak lagi berkuasa penuh
di atas muka bumi Allah SWT. Pada tarikh ini juga, menandakan
berakhirnya kekuasaan kerajaan Islam yang telah diasaskan sejak zaman
Rasulullah SAW.

Perkara ini sepatutnya amat mendukacitakan buat seluruh umat Islam di
dunia. Tiada lagi kekuasaan menghalang kemungkaran dan juga kekuatan
membela agama Allah di dunia ini. Islam dinodai dengan berbagai-bagai
pengharaman ciptaan manusia yang bernama Mustafa Kamal Attaturk untuk
menghalang penguasaan kerajaan Allah di muka bumi. Namun demikian,
setelah lama dibuai mimpi, kesedaran mulai timbul dari pengajaran yang
cukup pedih buat umat Islam ketika itu.

Kesedaran tentang kewajipan mewujudkan khilafah Islamiyah, yang mana
tidak dapat tidak wajib wujudnya khilafah ini yang memerintah dunia
mengikut syariat Allah.

Maka, bermula pada tahun 1928, atas inisiatif seorang insan bernama
Imam Hasan al-Banna telah merintis jalan untuk mengembalikan khilafah
Islamiyah dengan menubuhkan satu jamaah Islam yang dinamakan Ikhwanul
Muslimin.

Penubuhan Ikhwanul Muslimin ini telah mendorong penubuhan
jamaah-jamaah Islam lain di serata dunia. Islam mulai bertebaran di
serata dunia selepas kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah.

Benarlah janji Allah SWT di dalam al-Quran ” Dan sesiapa yang
menjadikan Allah dan Rasulnya serta orang orang yang beriman itu
penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang
berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang ” – Al Maidah
: 56

Ayat di atas menerangkan tentang janji Allah SWT yang tidak ada syak
padanya. Kemenangan Islam telah dijanjikan oleh Allah SWT. Hanya
mereka yang berpegang teguh kepada agama Allah dijanjikan kemenangan
olehNya. Hasil daripada penubuhan Ikhwanul Muslimin, Malaysia juga
tidak ketinggalan untuk sama berada di dalam gelombang usaha
menegakkan kembali khilafah Islamiyah. Parti Islam SeMalaysia (PAS)
telah bersama dengan Ikhwanul Muslimin untuk menegakkan khilafah
Islamiyah khususnya di Malaysia.

Berpegang kepada aqidah yang satu, gerakan Islam di seluruh dunia
meyakini khilafah minhaj ’alan Nubuwwah pasti akan kembali untuk
mentadbir muka bumi Allah SWT. Allah tidak akan membiarkan manhaj
ciptaan manusia untuk terus memerintah muka bumiNya.

Menurut Ustaz Abu Bakar lagi, sebagai umat Islam, kita wajib meyakini
kemenangan Islam. Cuma pada ketika ini, ujar beliau, kita tidak tahu
negara mana yang akan menjadi Daulah Khilafah. Kita juga masih tidak
tahu siapa khalifahnya untuk dibai’ah. Sebagai umat Islam, kita wajib
berjuang memerah setiap titik keringat dan darah yang ada untuk
memenangkan Islam. Sebagai akhirnya, beliau menyatakan, Allah tidak
akan bertanyakan tentang hasilnya, akan tetapi Allah akan bertanya
apakah usaha yang telah kita lakukan untuk menegakkan kalimah Allah di
atas muka bumi ini.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!