MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN BAGAN DATOH

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, April 20, 2010

Semalam telah berlangsung Mesyuarat Agung PAS Kawasan Bagan Datoh kali ke 27. Perasmian disempurnakan oleh Tuan Hj Asmuni Awi, Ahli Badan Perhubungan PAS Perak merangkap Pengarah Pilihanraya PAS Negeri. Dewan Markaz PAS Kawasan penuh sesak dengan perwakilan dan pemerhati sehingga sebahagian perwakilan dan pemerhati terpaksa mengambil tempat di luar bangunan.
Turut hadir YB Kesavan, Adun Hutan Melintang, pimpinan PKR Cabang Bagan Datoh, pimpinan DAP Bagan Datoh, Ahli Dewan Himpunan Kelab Penyokong PAS Bagan Datoh, Ketua-ketua Kampung Pakatan Rakyat dan veteran-veteran PAS.

Bahang pilihanraya Hulu Selangor yang semakin panas sekarang tidak menghalang ahli-ahli PAS Bagan Datoh hadir beramai-ramai. Malahan semangat mereka lebih berkobar-kobar selepas Mesyuarat Agung dan para petugas akan turun beramai-ramai ke Hulu Selangor bagi membantu jentera pilihanraya meraih kemenangan yang besar.
Dalam ucapan perasmian Tuan Hj Asmuni banyak menyentuh aspek-aspek persiapan menghadapi pilihanraya umum (PRU) kali ke 13, menurutnya PRU kemungkinan besar akan diadakan dalam tempoh yang terdekat, dan ia tidak mungkin menunggu sehingga tempoh penggal Parlimen tamat. Dengan kononnya mood PM semakin popular sekarang, PM akan membubarkan Parlimen dalam masa yang terdekat. Beliau menyeru semua jentera parti mesti bergerak dengan lebih aktif dan berkesan. Beliau juga meletakkan harapan yang tinggi untuk DUN Rungkup dimenangi oleh calon PAS dalam pilihanraya yang akan datang.
Sementara itu, YDP PAS Kawasan dalam ucapan aluannya juga mengharapkan semua ahli PAS di Bagan Datoh mesti menjadi ahli yang cergas, komited, banyak berkorban, bersungguh-sungguh dalam mencapai cita-cita perjuangan. Perjuangan dalam pilihanraya merupakan satu jihad dalam konteks demokrasi, ia perlukan pengorbanan harta, jiwa dan masa.

Beberapa usul telahpun diluluskan dalam Mesyuarat Agung kali ini antaranya meluluskan pembinaan Kompleks PAS Kawasan Bagan Datoh di Selekoh sebagai pusat kegiatan PAS kawasan Bagan Datoh. Mesyuarat turut meluluskan usul supaya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) diletakkan di bawah kawal selia Parlimen dan juga meluluskan usul mendesak Kerajaan menghayati dan menghormati semangat federalisma dengan memberi hak-hak kerajaan negeri seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!