MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN LENGGONG MERIAH

Dicatat oleh MisbahulMunir Sunday, April 4, 2010


Pagi tadi saya merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Lenggong kali ke 7. Kehadiran perwakilan dan para pemerhati dari berpuluh-puluh cawangan cukup luar biasa dan meriah, menurut YDP Kawasan, Tuan Hj Razman Zakaria, kehadiran kali ini meningkat berbanding tahun lepas.

PAS Kawasan Lenggong baru berusia 7 tahun selepas persempadanan baru. Dulu sebahagian cawangan di Lenggong termasuk dalam Kawasan Gerik dan juga Chenderoh (sekarang Padang Rengas). Walaupun baru berusia 7 tahun, tetapi penambahan cawangan dan ahli PAS begitu memberangsangkan sekali.

Sempena dengan perasmian Mesyuarat Agung kali ini beratus-ratus sijil PAS telahpun saya sampaikan kepada cawangan-cawangan yang keahlian PASnya bertambah.



Mesyuarat Agung kali ini berlangsung di Sekolah Agama Rakyat Hidayatul Quran, Kota Tampan. PAS Kawasan cuba memohon menggunakan Dewan Merdeka Lenggong, tetapi permohonan ditolak dengan alasan yang tidak munasabah.

PAS Kawasan kesal dengan penolakan ini, sedangkan dewan tersebut adalah milik dan hak bersama rakyat di Lenggong tanpa mengira fahaman politik dan agama. Berbeza dalam era pemerintahan PR, semua pihak termasuk parti-parti politik dibenarkan mengunakan semua premis kerajaan tanpa sekatan. Tetapi kali ini hanya UMNO BN sahaja boleh guna premis kerajaan, harta kerajaan dianggap harta emak bapak mereka.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!