Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat India, Negeri Perak, En. Susannathan a/l Arokiam menyertai Dewan Kelab Penyokong PAS Perak. Beliau bersama tiga rakannya yang lain telah berkunjung ke Pejabat PAS Negeri Perak dan menyerahkan sendiri borang menyertai Dewan Kelab Penyokong PAS.
Menurutnya beliau bersama rakan-rakannya telah hilang kepercayaan kepada UMNO BN sejak sekian lama, hari ini beliau mengisytiharkan untuk bersama PAS bagi memperjuangkan nasib kaum India yang tertindas.

Menurutnya lagi Persatuan Kebajikan Masyarakat India yang diterajuinya ditubuhkan pada 27 April 2007. Persatuan ini baru tiga tahun ditubuhkan, mempunyai keahlian ratusan orang. Setiap hari ada sahaja ahli baru yang menyertai persatuan ini. Persatuan ini ditubuhkan atas dasar memperjuangkan nasib kaum India terutama rakyat India yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Beliau bersama rakan-rakannya dalam Persatuan Kebajikan Masyarakat India akan menyokong PAS dalam perjuangan menegakkan keadilan. Beliau dapat merasai bahawa perjuangan PAS walaupun atas dasar agama tetapi tidak mengabaikan kebajikan kaum lain, dan ianya dibuktikan apabila Hj Nizar menerajui kerajaan PR di negeri Perak. Nasib kaum India di Perak diberi perhatian yang serius oleh Kerajaan PR Perak.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!