UMNO BN AKAN TUMBANG DI BAGAN DATOH

Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, May 3, 2010


Konvensyen Pakatan Rakyat Bagan Datoh yang julung-julung kali diadakan berjaya menghimpunkan 200 orang petugas PR dari PAS, PKR dan DAP. DAP yang sebelum ini hanya muncul waktu pilihanraya di Bagan Datoh juga menghantar ahlinya yang begitu ramai. Konvensyen yang diadakan adalah untuk menjana kekuatan baru PR Bagan Datoh bagi menumbangkan UMNO BN pada pilihanraya akan datang.

Konvensyen PR Bagan Datoh diadakan di perkarangan rumah Sdr. Ariffin Husein, Pt. 1 Sungai Sumun. Sebelum ini pihak penganjur cuba memohon menggunakan Dewan Orang Ramai Sg. Sumun, namun permohonan tidak dilayan oleh Majlis Perbandaran Teluk Intan. Walaupun diadakan ditempat yang agak terbuka dan panas, namun kehadiran para petugas pilihanraya PR Bagan Datoh sangat membanggakan.

Konvensyen dimulakan dengan ucapan-ucapan aluan oleh YDP PAS Bagan Datoh, Ketua PKR Cabang Bagan Datoh dan Pengerusi DAP Bagan Datoh. Ketiga-tiga mereka berucap dengan meletakan semangat perjuangan, solidariti, pengorbanan dan strategi sebagai asas kekuatan parti bagi menumbangkan UMNO BN di Bagan Datoh.

Konvensyen petang semalam diserikan lagi dengan kehadiran YB Dr. Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Nga Kor Ming, Setiausaha DAP Perak yang juga Ahli Parlimen Taiping dan Adun Pantai Remis serta Kapten (B) Usaili Alias, Ahli MKT PKR Pusat. Ketiga-tiga mereka telah menyampaikan ucapan motivasi bagi membangkitkan semangat juang kepada para petugas dan juga memberi kefahaman isu-isu politik tanah air.

Lewat petang, Konvensyen PR Bagan Datoh diakhiri dengan ketiga-tiga pimpinan utama PR Bagan Datoh menandatangani plak PR sebagai pernyataan kewujudan PR Bagan Datoh yang kuat dan juga sebagai pengistiharaan kebersamaan PAS, PKR dan DAP Bagan Datoh dalam menggerakan jentera pilihanraya bagi menumbangkan UMNO BN.








About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!