BN sebenarnya guna masjid untuk tujuan politik

Dicatat oleh MisbahulMunir Saturday, May 1, 2010


Tindakan Utusan Malaysia (30 April 2010) yang menyiarkan rencana bertajuk “Nik Aziz, Sultan Selangor dan... " kelolaan Lukman adalah berniat jahat terhadap individu tertentu, khususnya Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Realitinya, titah Sultan Selangor dibuat dalam kenyataan umum kepada semua pihak. Sedangkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz cukup menghormati dan tiada pun program kempen di Hulu Selangor yang menggunakan pentas masjid. Melainkan berita yang tersebar adalah telah dipandu oleh pemimpin Umno yang bimbang dengan kemungkinan kalah di kawasan pengundi Melayu.

Apa yang jelas, BN yang gunakan masjid untuk tujuan politik (lihat gambar). Sebaliknya, tiada satupun program Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang diatur melibatkan ceramah di masjid seperti yang dihebohkan. Berikut adalah program dua hari (23 & 24 April) Tuan Guru Datuk Nik Aziz di Hulu Selangor.

23 April 2010:

4.35 petang - berlepas dari Airport Kota Bharu

5.30 petang - tiba di KLIA Sepang

8.10 malam - sidang media bersama calon & pimpinan Pakatan Rakyat

8.30 malam - ceramah di Asam Kumbang, KKB

9.30 malam – ceramah di Rasa.

11.30 malam - kembali rehat di rumah Kelantan Kuala Lumpur.

24 April 2010:

8.00 pagi - bertolak ke Felda Sungai Tengi

9.30 pagi - tiba di Program Himpunan Warga Felda Kebangsaan ke-2, Sungai Tengi

11.30 pagi – bertolak ke Kg Koskan bertemu masyarakat India.

1.15 petang – solat zohor & jamak takdim di Suaru An-Nadwah

2.30 petang – bertemu pengundi di Kalumpang bersama

5.00 petang –perjumpaan pengundi di Dewan Dato’ Abdul Hamid, Batang Kali.

6.00 petang – balik ke tempat rehat & solat jama’ maghrib & isya’

9.45 malam –ceramah umum KeADILan di Mini Stadium KKB.

12.00 malam – pulang ke Kuala Lumpur

25 April

8.00 pagi bertolak ke KLIA Sepang balik ke Kota Bharu.

Harapnya semua yang keliru dengan isu hubungan titah Sultan Selangor yang dikaitkan dengan kononnya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz engkar titah itu mendapat gambaran sebenar. Jangan mudah terpengaruh dengan mainan media perdana milik Barisan Nasional.

Semoga Tuhan yang Esa menunjuki kebenaran kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.

Wan Nik yusuf
Setpol MB Kelantan

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!