PAKATAN RAKYAT PERAK SUMBANG RM 3000 KEPADA MANGSA PUKUL

Dicatat oleh MisbahulMunir Friday, April 30, 2010



Mangsa pukul Ong Mi Aik, 13 tahun pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Matang , Kuala Sepetang yang telah dipukul beramai-ramai baru-baru ini di luar kawasan sekolah telah diziarahi oleh pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Perak diketuai oleh YB Dato’ Seri Hj Nizar Jamaluddin. Turut serta dalam lawatan tersebut Pesuruhjaya PAS Perak Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Husein, YB Dr. Lee Boon Chye Ahli Parlimen Gopeng dan beberapa pimpinan dan Adun PAS, PKR dan DAP.
Walaupun lawatan tersebut diadakan secara mengejut, namun pihak KPJ Hospital tetap menyambut rombongan dengan rasa berbesar hati dan mesra. Dato’ Dr. Fadzli Cheah bersama pegawai-pegawai perubatan dan kakitangan telah menyambut pimpinan PR dan mengiringi melawat mangsa tersebut.


Sebanyak RM 3000 disumbangkan oleh pimpinan PR bagi membiayai sebahagian kos perubatan. Menurut Dato’ Dr. Fadzli Cheah yang bertanggungjawab merawat pesakit tersebut, akibat kesan pukul mangsa mengalami pendarahan otak yang menyebabkan sebelah kaki kirinya lemah.

Menurut ibu mangsa, anaknya adalah mangsa salah pukul. Anaknya adalah seorang pendiam yang tidak ada masalah disiplin samada di sekolah mahupun di luar sekolah. Beliau mendakwa, beberapa pelajar Cina sekolah tersebut bermasalah dengan pengusaha kantin, akibat permasalahan tersebut, beberapa pemuda luar diupah untuk memukul pelajar-pelajar tersebut di luar sekolah. Namun semua pelajar yang bermasalah telahpun diambil tindakan disiplin oleh pihak sekolah dengan mengantung semua yang terlibat. Pada hari kejadian semua pelajar tersebut tidak hadir ke sekolah kerana menjalani hukuman gantung sekolah. Ong Mi Aik pula yang menjadi mangsa pukul beramai-ramai sehingga mengalami kecederaan yang parah dan serius.

PR menyatakan rasa kesal terhadap insiden yang berlaku, tidak sepatutnta masalah disiplin pelajar-pelajar sekolah dicampuri oleh orang luar apatah lagi oleh samseng-samseng yang diupah. Sepatutnya masalah disiplin diselesaikan oleh pihak sekolah. PR atas semangat kemanusian dan keadilan mahu semua yang terlibat memukul beramai-ramai disiasat dan didakwa di mahkamah.

Atas dasar simpati dan kemanusiaan PR merayu orang ramai menghulurkan sumbangan kepada mangsa, kerana kos rawatan hampir mencecah RM 50 ribu. Kelurga mangsa pula berpendapatan rendah, kos rawatan yang begitu memerlukan sumbangan oleh rakyat. Kepada orang ramai yang berhajat mambantu mangsa bolehlah menghulurkan sumbangan tersebut melalui Pakatan Rakyat. Sumbangan boleh terus dimasukkan ke akaun Bank Islam atas nama PAS PERAK TABUNG PAKATAN RAKYAT. NO AKAUN 08013010073855. Sumbangan tersebut akan disampaikan nanti kepada keluarga mangsa.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!