EKSPEDISI PAKATAN RAKYAT PERAK BERJAYA BUKA MATA RAKYAT

Dicatat oleh MisbahulMunir Sunday, June 6, 2010








Pakatan Rakyat berjaya membuka mata rakyat melalui ekspedisi yang dianjurkan semalam. Rombongan ekspedisi disertai oleh pimpinan PAS, PKR dan DAP serta adun-adun PR. Dua buah bas dan beberapa buah kereta membawa para peserta ekspedisi ke beberapa destinasi. Ekspedisi bermula di Kuala Kangsar, menuju ke Manong, Beruas, Bota, Kg. Gajah, Langkap, Teluk Intan, Lumut dan Bagan Datoh.

Program berjalan sebagaimana yang dijadualkan, setiap destinasi yang dikunjungi telah siap diatur dengan berbagai program. Antara program yang dijalankan mengedar risalah di pasar sehari,kedai, gerai, jamuan teh, rawatan kesihatan percuma, menyampaikan bantuan hamper kepada fakir miskin, ziarah kebajikan, ceramah pendek di tempat-tempat awam, kuliah maghrib dan ceramah perdana.

Sambutan orang ramai cukup menggalakkan, ceramah-ceramah pendek yang diadakan di beberapa destinasi memikat orang ramai, manakala risalah yang disebarkan hampir tidak mencukupi.

Program berakhir dengan ceramah perdana yang diadakan Bagan Datoh, Teluk Intan, Lumut dan Bota.



About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!