SINAR HARIAN KUNJUNGI HJ NIZAR MOHON MAAF

Dicatat oleh MisbahulMunir Sunday, June 6, 2010



Sinar Harian mengunjungi YB Dato' Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak petang Jumaat baru-baru ini di pejabat PAS Perak. Kunjungan Sinar Harian selain menjalin hubungan mesra dengan PAS Perak juga memohon maaf berikutan salah lapor satu program antara PAS Perak dengan paderi-paderi di sekitar bandaraya Ipoh. Sinar Harian melaporkan kononnya penganut Kristian tidak sokong PAS.

Berikutan laporan yang tidak tepat tersebut, PAS Perak membuat bantahan kepada Sinar Harian dan menjelaskan perkara yang sebenarnya. Keesokan harinya, Sinar Harian memohon maaf di atas laporan tersebut. Walau bagaimanapun atas dasar bertanggungjawab ke atas pemberitaan tersebut, dua orang wakil dari Ibu Pejabar Sinar Harian di Shah Alam, dan seorang dari Ipoh mengunjunggi PAS Perak dan memohon maaf di atas kesilapan pihak editor melaporkan berita tersebut.

PAS Perak melalui YB Hj Nizar mengambil kesempatan dalam kunjungan tersebut dengan mengingatkan supaya Sinar Harian melaporkan berita yang tepat dan betul tentang PAS dan Pakatan Rakyat. Pemberitaan pula hendaklah adil, semua kegiatan dan kenyataan-kenyataan dari pimpinan PR hendaklah dilaporkan dengan penuh, betul dan tepat.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!