Apabila YB Dato' Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak yang ke 10 melantik barisan EXCOnya pada tahun 2008 setelah diberi mandat memerintah negeri Perak, gegak gempitalah pemimpin UMNO Perak dan seluruh negara kononnya Hj Nizar boneka DAP, boneka Cina, kuda tunggangan DAP/Cina dan sebagainya. Dalam pembentukan EXCO Perak jumlah kerusi DAP melebihi kerusi PAS dan PKR.
Rasionanya kerusi DAP yang dimenangi dalam PRU 2008 berjumlah 18, berbanding PAS cuma 6 dan PKR cuma 7. DAP mempunyai 6 EXCO, 5 daripada Cina dan seorang India, PAS 2 orang (termasuk MB), PKR pula 3 orang (2 Melayu dan seorang Cina). Itulah kewajaran dan rasionalnya. Namun bukan bermakna DAP yang jumlah kerusi EXCOnya lebih besar dibandingkan PAS & PKR, maka DAP berhak menentukan dasar dan polisi kerajaan PR. Di Perak, segala polisi, dasar dan perlaksanaan apa sahaja program kerajaan ditentukan oleh ketiga-tiga parti melalui majlis pimpinan PR peringkat negeri yang dianggotai oleh tiga orang setiap parti. Mereka inilah yang menentukan polisi kerajaan PR. Lebihnya PAS mempunyai 5 anggota dalam Majlis Pimpinan PR negeri Perak. Hj Nizar sebagai MB sebagai pengerusi, saya sebagai Setiausah politik sebagai setiausaha, dan tiga yang lain.
Jahat, dengki dan busuknya hati UMNO ini, dijajanya merata kampung kononnya Perak diperintah oleh Cina DAP, Hj Nizar dan PAS cuma boneka dan kuda tunggangan. Bukan sahaja orang Melayu dikampung-kampung percaya dengan tohmahan jahat ini, malahan Melayu UMNO yang cerdik ni pun percaya pulak tu. Dalam siri-siri kempen pilihanraya kecil (PRK) itulah modal UMNO, dijajalah setiap kali kempen PRK sampailah ke Sibu. Apa yang PR laksana kononnya semua datangnya dari Cina DAP. Pada hal dalam PRU 2008 DAP tidak ada manifesto yang berupa tawaran kepada rakyat sekiranya menang pilihanraya. Yang ada manifesto PAS & PKR yang kita namakan Manifesto Barisan Alternatif. Sebelum PRU PAS & PKR tidak pernah berpakat untuk membentuk kerajaan dengan DAP, DAP pula sekadar mahu menjadi pembangkang yang kuat dengan menambah bilangan kerusi yang sedia ada. Kehendak Allah dan rakyat, akhirnya keputusan PRU membolehkan sebuah kerajaan campuran PAS, PKR dan DAP dibentuk atas nama kerajaan PR Perak.
Di negeri-negeri yang UMNO BN menangi adakah jumlah kerusi EXCOnya seimbang, hatta dalam pembentukan kabinet sekalipun adakah seimbang jumlah kerusi kabinet antara parti-parti komponan BN.
Dua hari sudah Najib merombak kabinet, dalam rombakan tersebut yang dilantik muka baru semuanya bukan Melayu. Media melaporkan perlantikan muka baru dari kalangan bukan Melayu. Senator pula bertambah untuk dilantik menganggotai kabinet baru.
Mana perginya pemimpin Melayu UMNO yang dulunya menghentam perlantikan EXCO PR Perak kerana jumlah DAP lebih ramai berbanding dengan PAS.
Kalaulah kerajaan PR yang buat rombakan EXCO negeri-negeri dengan melantik kesemua muka baru dalam kabinet yang seorang pun bukan Melayu, rasanya media cetak dan elektronik arus perdana setiap hari akan jadikan ia sebagai isu yang boleh membangkitkan api perkauman.
Sangat jelas, Najiblah sebenarnya boneka MCA, ikut telunjuk MCA walaupun MCA sudah hilang pengaruh kepada orang-orang Cina, Presidennya pula yang paling tidak ada moral, untuk tujuan mengambil hati Presiden MCA yang terlibat dengan skandal sex dilantik pula anaknya sebagai Timbalan Menteri.
Apalah nasib kamu UMNO UMNO. Punya pemimpin yang jadi boneka MCA semata-mata. Di Perak, Zambry sanggup bagi peruntukan kepada semua MCA bahagian semata-mata nak jaga MCA yang dah mati di Perak.
Kalaulah Hj Nizar dulu bagi peruntukan pada DAP, apa pula kata UMNO ? Sampai sekarang sudah pasti mereka tidak akan berhenti menjaja merata kampung.