Rakyat Malaysia yang ditahan Israel bebas

Dicatat oleh MisbahulMunir Wednesday, June 2, 2010


Berita terkini melaporkan 12 orang rakyat Malaysia yang ditahan regim Israel telah dibebaskan termasuk sdr. Hj Jamuliddin Elias, Timbalan Pengarah Yayasan Amal Malaysia. Kesemua yang dibebaskan kini berada di Kedutaan Malaysia Jordan.

Kesemua yang dibebaskan itu telah menghubungi keluarga masing-masing. Namun semua alat-alat milik mereka seperti kamera, handphone, video dan yang seumpamanya tidak dikembalikan. Manakala semua barangan bantuan kemanusiaan ke Gaza ditahan oleh pihak berkuasaa Israel tidak pasti samada diserahkan kepada rakyat Palestin di Gaza atau dirampas.

Urusan untuk mereka pulang ke tanah air sedang diuruskan oleh pihak kedutaan.

Sumber : Lifeline4gaza.org.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!