MUKTAMAR PEMUDA PAS PUSAT KE 51

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, June 10, 2010








Muktamar Pemuda PAS Pusat kali ke 51 telah berlangsung hari ini. Serentak itu juga Dewan Ulama dan Dewan Muslimat PAS Pusat menjalankan Muktamar Tahunan masing-masing di PADU Machang dan Perdana Resort.

Upacara perasmian ketiga-tiga dewan telah berlangsung malam tadi di PUTIK oleh YAB Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS. Dalam majlis perasmian dua orang tokoh telah diberi anugerah oleh Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Pusat. Kedua-dua tokoh tersebut adalah Al Fadhil Ust. Hj Hasan Shukri dan Ustazah Jamilah Ibrahim. Kedua-duanya adalah bekas pimpinan PAS Pusat. Ust Hasan adalah mantan Timbalan Presiden PAS dan juga pernah menjadi Ketua Pemuda PAS Pusat. Manakala Ustazah Jamilah Ibrahim pernah menjadi Ketua Muslimat PAS Pusat. Kedua mereka dihargai di atas sumbangan besar dalam PAS.
Pagi ini telah berlangsung Muktamar Penuh Dewan Pemuda, Ulama dan Muslimat Pusat yang berjalan serentak. Muktamar pemuda berlangsung di Dewan KTC, Kota Bharu.

Saya sekali lagi mengendalikan Muktamar Tahunan Pemuda PAS Pusat ke 51 sebagai Pengerusi Tetap buat kali ke lima berturut-turut.

Muktamar Pemuda kali ini disertai oleh lebih hampir 700 orang perwakilan dari 165 kawasan-kawasan seluruh negara. Ini kali pertama Muktamar Pemuda Pusat disertai oleh perwakilan kawasan-kawasan selepas pindaan Perlembagaan PAS 2009.

Ucaputama Pemuda bertemakan Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan. Ketua Pemuda telah menggariskan beberapa gagasan pemuda PAS masa depan. Beliau juga menekankan aspek pembinaan sebagai pemuda Ansarullah yang berteraskan Tarbiyyah Rabbaniyyah dan Badihiyat Pemuda PAS.

Ucaputama Ketua Pemuda kemudiannya dibahaskan oleh perwakilan negeri-negeri.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!