Presiden PAS Pengganas? Kerajaan Perlu Beri Penjelasan

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, June 24, 2010


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu pihak Kerajaan BN dan Polis Diraja
Malaysia memberikan penjelasan terhadap laporan Malaysiakini yang
mengatakan Presiden PAS didakwa sebagai pengganas dalam satu taklimat
keselamatan negara berhubung Jamah Islamiah (JI) di Bukit Aman Isnin
lalu. PAS memandang serius dakwaan ini.

Menurut Malaysiakini, Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin membuat
dakwaan bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama bekas
mufti negeri itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mufti Perlis sekarang Dr
Juanda Jaya dan mantan menteri besar negeri itu Datuk Seri Shahidan
Kassim adalah pengganas dalam taklimatnya.

PAS mencurigai kredibiliti Zamihan yang mendakwa penglibatan Presiden
PAS dalam gerakan wahabi yang turut dikaitkan dengan Jamaah Islamiah
yang dirangkumkan bagi membentuk persepsi bahawa beliau adalah
Pengganas.

PAS melihat bahawa fitnah ini sengaja dicipta bagi memberikan imej
buruk kepada beliau dan PAS. Perkara ini bukan kali pertama. Tahun
lepas Mossad memfitnah presiden PAS sebagai pengganas selepas Menteri
Pertahanan Israel membuat rundingan sulit dengan Zahid Hamidi.

Pada tahun 2007 Presiden PAS memenangi samannya ke atas akhbar ternama
Britain, Daily Mirror. Akhbar ini telah bersetuju meminta maaf kepada
Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dihadapan Hakim
Mahkamah Tinggi di Royal Court of Justice, ekoran penyiaran gambar dan
berita berunsur fitnah yang mengaitkan beliau dengan pergerakan
al-Qaeda. Gambar Presiden PAS muncul di akhbar tersebut dengan tajuk
"AL-QAEDA - Abdul Hadi" dan dinyatakan bahawa beliau adalah pemimpin
nombor tiga al-Qaeda dan sedang ditahan di Guantanamo Bay.

PAS tidak dapat menerima fitnah ketiga yang sengaja dicipta ini
selepas kegagalan dua siri fitnah yang cuba mengugat PAS sebelum ini.
PAS yakin sedikit sebanyak pengaruh nasihat APCO membawa kecenderungan
kerajaan bagi mencipta krisis pengganas untuk dikaitkan dengan
Presiden PAS dan parti ini.

Pas yakin fitnah ini juga sebagai serampang dua mata untuk menakutkan
orang bukan Islam yang semakin jinak dengan Pas. Ketika sokongan orang
bukan Islam telah yakin dengan wadah perjuangan Pas melalui Dewan
Himpunan Penyokong Pas, maka musuh Pas cuba menggambarkan Presiden Pas
sebagai pengganas. Pas yakin orang bukan Islam tidak akan terpedaya
dengan fitnah ini. Mereka sudah lihat dengan mata kepala mereka
sendiri pemimpin Pas bukan sebagaimana yang digambarkan sebagai
seorang pengganas.

Umno juga dilihat cuba mengajak Dr. Asri bersama Umno, dan tidak
mustahil kewujudan tuduhan ini akan dijadikan peluang oleh Umno untuk
mengamit beliau bersama parti itu bagi mengelakan ancaman ISA. Ini
adalah tidak profesional dan memalukan.

PAS menuntut agar Zamihan, PDRM dan Kerajaan meminta maaf kepada
Presiden PAS dan mereka yang terlibat. Pihak Polis perlulah
melengkapkan siasatan mereka sebelum tuduhan sebegini dijadikan bahan
taklimat atau membuat sebarang pendakwaan yang boleh menjejaskan imej
dan kredibiliti mereka yang terbabit.

PAS tidak mahu imej Polis terus tercemar kerana cara kerja yang tidak
profesional. Orang yang tidak bersalah ditangkap sedangkan orang yang
bersalah membunuh Nurin Jazlin, Norita dan sebagainya masih belum
ditangkap hingga ke hari ini.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat


About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!