ISTERI PESURUHJAYA PAS PERAK MASUK WAD DI HOSPITAL

Dicatat oleh MisbahulMunir Wednesday, June 23, 2010

Isteri PJ Perak Ust Abu Bakar Husein kini terlantar di wad 2c Hospital Besar Ipoh sejak lima hari yang lalu akibat kanser payu dara. Keadaannya stabil tetapi masih dirawat rapi oleh pihak hospital. Walaupun dalam keadaan yang begitu uzur, namun isteri beliau masih boleh tersenyum dan berbual dengan mesra ketika diziarahi.

Inilah ketabahan dan kesabaran seorang isteri kepada pemimpin No 1 gerakan Islam di Perak. Manakala Ust Abu Bakar Husein begitu juga, tabah, sabar dan berrtawakkal kepada Allah swt selain berusaha dengan berbagai kaedah perubatan bagi menyembuhkan penyakit isterinya.

Ahli-ahli PAS diseru solat hajat mohon kepada Allah swt agar isteri beliau Ustazah Rafeah bt. Hj Ramli disembuhkan dari penyakit yang dideritai selama ini. Kepada yang ingin menziarahi boleh berbuat demikian di Wad 2c bilik No 1, Hospital Besar Ipoh.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!