Ust Ibrahim masih ditahan di Mesir.

Dicatat oleh MisbahulMunir Wednesday, June 23, 2010

Maklumat terkini dari sumber Wisma Putra mengesahkan Ust Ibrahim @ nama sebenarnya Muhammad Zulkifli bin Zakaria dari Lenggong yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak masih dalam tahanan dan siasatan polis Mesir. Kerajaan Malaysia melalui Wisma Putra sedang berusaha membebaskan dan membawa pulang Ust. Ibrahim. Menurut sumber dari Wisma Putra, beliau disyaki oleh polis Mesir terlibat dengan beberapa individu yang disenarai hitamkan oleh kerajaan Mesir. Walau bagaimanapun, tuduhan ini masih belum dibuktikan dan tiada yang mengesahkan punca-punca penahanan yang sebenar.

PAS Negeri Perak melalui Lajnah Antarbangsa PAS Pusat sentiasa bekerjasma dengan Wisma Putra dalam usaha membebaskan beliau, PAS yakin Ust Ibrahim tidak terlibat dengan mana-mana kegiatan keganasan. Walaupun beliau pernah ditahan di bawah ISA ketika itu, bukan bermakna beliau terlibat dengan aktiviti keganasan atau terlibat dengan mana-mana kumpulan. Kerajaan Malaysia tidak pernah membuktikannya di Mahkamah.

Dewan Ulama PAS Perak pula telah mengarahkan Urusan Ulama kawasan-kawasan menganjurkan solat hajat bagi membebaskan dan menyelamatkan Ust. Ibrahim. Sementara itu, Dewan Pemuda Pusat pula akan menghantar memorundum kepada Kedutaan Mesir petang ini bagi mendesak supaya Ust Ibrahim segera dibebaskan. Manakala Dewan Muslimat akan menziarahi keluarga Ust Ibrahim di Manjung sebagai tanda simpati dan prihatin dan menghulurkan sumbangan. PAS Perak juga memohon PAS Sabah menziarahi isteri kedua beliau yang berada di Sabah dan menghulurkan sumbangan bagi pihak PAS Perak.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!