PERPADUAN MELAYU NAK SELAMATKAN KUASA POLITIK UMNO

Dicatat oleh MisbahulMunir Wednesday, July 21, 2010

Perpaduan Melayu yang dijaja oleh UMNO adalah semata-mata mahu menyelamatkan kuasa politik UMNO BN bukannya kuasa politik Melayu. UMNO mula sedar kuasa politik BN semakin terhakis, parti-parti besar kompenannya juga semakin hancur berkecai, MCA tidak dapat dipulihkan, MICpun begitu, apatah lagi parti-parti kecil kompenan BN. Orang-orang Cina dan India semakin mendekati PAS, dengan adanya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang ditubuhkan baru-baru ini semakin melebar sokongan mereka kepada PAS.

UMNO lah yang menyebabkan kuasa politik Melayu hilang. Ketika MCA & MIC menjadi talihayat kepada UMNO BN, banyak kerusi DUN dan Parlimen yang majoriti orang Melayu diserahkan kepada mereka untuk bertanding dan berlawan dengan PAS. Orang-orang Melayu dalam UMNO yang kononnya semangat Melayunya menebal tidak pula mahu mengundi calon PAS yang sudah tentu Islam dan Melayu.

Contohnya di Perak Parlimen Bukit Gantang dalam PRU 2004 diserahkan kepada MCA sedangkan majoriti pengundi adalah Melayu, setelah UMNO memberontak, Gerik yang juga majoriti pengundinya Melayu diserahkan pula kepada MCA dalam PRU 2008. Di Pulau Pinang UMNO tidak pernah diberi peluang menjadi Ketua Menteri walaupun satu ketika kerusi UMNO lebih banyak berbanding MCA dan Gerakan.

Siapa pula yang membuang kuasa dan imuniti Raja-raja Melayu, UMNO juga. Malahan demi kepentingan kuasa politik UMNO, Raja-raja Melayu dibelasah dan dibogelkan oleh UMNO melalui media cetak dan elektronik ketika UMNO berkrisis dengan Raja-raja Melayu ekoran pindaan Perlembagaan bagi menghapuskan kuasa dan imuniti Raja-raja Melayu.

Hak-hak istimewa orang Melayu yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan juga dirobek-robek oleh UMNO BN. Orang Melayu tidak lagi menikmati semua hak istimewa seperti biasiswa, quota bumiputra, bahasa Melayu dan sebagainya.

Sebenarnya Melayu dan Islam akan lebih selamat di bawah PAS dan Pakatan Rakyat berbanding UMNO. 50 tahun lebih UMNO BN memerintah, banyak tanah-tanah orang Melayu tergadai.

Analisis yang kononnya Melayu akan hilang kuasa politik dalam PRU akan datang adalah dangkal. Alasannya kerana UMNO - PAS tidak bersatu. Di Perak UMNO bertanding berlawan dengan calon PAS dan PKR. MCA, MIC dan PPP pula bertanding lawan DAP dan juga PKR. Katakan DAP menang semua kerusi yang ditandinginya, PKR juga menang semua kerusi yang ditandingi, PAS & PKR yang bertanding lawan UMNO juga menang semua kerusi. Jadi kerusi Melayu tetap majoriti di Perak dan Melayu tetap kekal sebagai kuasa politik utama di Perak. Yang hilang kuasa politiknya hanyalah UMNO BN.

Jadi siapakah sebenarnya yang mahu diselamatkan oleh UMNO melalui agenda perpaduan Melayunya ? Tidak lain kuasa politik UMNO yang lebih menjaga kepentingan orang-orang tertentulah yang mahu diselamatkan oleh mereka. Melayu tidak akan rugi kalau tinggalkan UMNO dan lebih selamat di bawah PAS yang menjadikan agenda perpaduan Islam dan ummah sebagai terasnya.

PAS memerintah Kelantan sejak tahun 1990, dasar Membangun Bersama Islam yang diperkenalkan oleh PAS disenangi oleh seluruh rakyat Kelantan. Kaum-kaum minoriti yang lain seperti Cina, Siam dan India tidak ada yang tersisih dan disisihkan.

Kita nasihatkan UMNO lebih baik menjaga perpaduan sesama sendiri dalam parti, biarkan PAS dan PR menerajui perpaduan atas nama Islam dan ummah, dan tidak salah pula kalau UMNO sertai perpaduan ummah dalam Pakatan Rakyat.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!