PROGRAM PAS UNTUK SEMUA DI KUBU GAJAH BERJAYA

Dicatat oleh MisbahulMunir Sunday, July 18, 2010



Program "PAS Untuk Semua" PAS Perak yang diadakan di DUN Kubu Gajah berjaya diadakan walaupun ada cubaan oleh BN untuk menggagalkan.

Program yang bermula sejak semalam sehinggalah hari ini cuba dihalang dan digagalkan oleh UMNO Bahagian Larut. Mereka menggunakan JKKK, polis dan pihak pengurusan Felda bagi menghalang program ini dari diadakan di Felda Ijok, RTBK (Rancangan Tanah Belia Khas) dan di Kampung Bagan Baru.
Di RTBK pihak polis cuba menghalang majlis BBQ yang diadakan di Padang Klinik RTBK malam tadi, JKKK kampung tersebut telah membuat laporan polis kononnya PAS menganjurkan ceramah di situ tanpa permit, pada hal program tersebut hanyalah berbentuk santai sambil makan ikan bakar.

Berlaku sedikit kekecohan pada petang semalam antara polis dengan penganjur, tetapi Alhamdulillah kekecohan berjaya diatasi dan program tersebut berjaya menghimpunkan anak-anak muda dengan kehadiran yang luar jangka.
Di Felda Ijok, pihak Felda tidak membenarkan semua permis digunakan walaupun untuk tujuan khidmat perubatan, majlis ramah mesra, ceramah, dialog dan jamuan. Pihak felda mengugut penganjur dan peneroka dengan ancaman mengambil tindakan keras dan kemungkinan menggunakan pihak polis untuk membuat tangkapan.

Penganjur tidak kekeringan idea, program diganti dengan ziarah rumah ke rumah, melawat warga felda yang uzur, majlis tahlil dan kenduri. Gotong royong juga berjaya diadakan di masjid, surau dan tanah perkuburan.
Program Kuliah Maghrib yang dianjurkan oleh PAS Kawasan di Masjid juga dihalang oleh Pengerusi masjid, pada hala penceramah yang diundang adalah Pegawai Tadbir Agama bukannya pimpinan PAS.

DI RTBK pagi tadi, beberapa acara yang diadakan di Padang Kelinik berjaya menghimpunkan warga muda RTBK, kaum India juga turut kelihatan. Bekas Ketua Wanita UMNO Cawangan RTBK Pn. Rohani Hamzah yang telah menyertai PAS sebelum pilihanraya 2008 telah berjaya mengumpulkan kaum wanita untuk bersama dalam program PAS. Sebelum itu, Majlis Daerah Selama telah mengeluarkan surat menghalang PAS Kawasan menganjurkan aktiviti kemasyarakatan atas alasan tidak mendapat syor dari pihak atasan dan kononnya padang tersebut tidak sesuai untuk warga emas dan kanak-kanak, pada hal aktiviti yang dijalankan hanyalah rawatan & pemeriksaan kesihatan, sukaneka, pertandingan masakan dan gubahan.

Manakala di Kg. Bagan Baru, perlawanan bolasepak 9 sebelah diadakan di Padang Majlis Daerah Selama. Sebagaimana di RTBK Majlis Daerah Selama juga telah mengeluarkan surat kepada PAS Kawasan Larut menghalang sebarang aktiviti kemasyarakatan tanpa sebarang alasan. Tindakan ini menimbulkan perasaan tidak puas hati anak-anak muda yang ingin menyertai perlawanan bolasepak. Mereka bertegas tetap meneruskan perlawanan walaupun pengunaan padang untuk sebarang aktiviti anjuran PAS dilarang.




Sebenarnya UMNO BN semakin ketakutan dengan kebangkitan rakyat di Kubu Gajah. Pada pilihanraya yang lalu calon PAS hanya kalah 65 undi sahaja kepada calon BN. Ini yang membimbangkan UMNO BN Larut. Pusat Khidmat PAS Dun Kubu Gajah pula begitu aktif menjalankan kegiatannya, setiap hari dan malam Pusat Khidmat PAS sentiasa dikunjungi orang ramai, banyak masalah rakyat berjaya dibantu oleh Pusat Khidmat PAS, berbeza dengan Pusat Khidmat DUN BN yang bersebelahan sahaja dengan Pusat Khidmat PAS, pejabatnya sentiasa sunyi dan tutup. Orang ramai yang mahu berurusan terpaksa meminta tolong Pusat Khidmat PAS bagi membantu menyelesaikan masalah mereka.

UMNO saban hari mengajak PAS bersatu dengan mereka demi perpaduan Melayu, tetapi PAS yang mahu menganjurkan program di kawasan Melayu dihalang oleh UMNO BN. Program 'PAS For All' merupakan program PAS yang mahu mendekati dan menjalin hubungan dengan orang Melayu termasuk UMNO melalui majlis ramah mesra, rawatan perubatan, futsal, dailog, sukan rakyat dan sebagainya tetapu UMNO pula yang cuba menghalangnya.



Loading...

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!