UMNO PERALAT JABATAN KERAJAAN HALANG PROGRAM PAS

Dicatat oleh MisbahulMunir Sunday, July 18, 2010





Surat-surat ini jelas menunjukkan UMNO memperalatkan jentera kerajaan dan masjid bagi menghalang PAS menjalankan aktiviti kemayarakatan. Permohonan PAS untuk menggunakan semua kemudahan yang menjadi hak rakyat dihalang tanpa sebab dan alasan yang munasabah.

Program "PAS untuk Semua" berbentuk aktiviti kemasyarakatan. Tempat-tempat yang dipohon seperti Padang di RTBK dan Padang Bola di Kg Bagan Baru adalah untuk menjalankan kegiatan seperti rawatan & pemeriksaan kesihatan kepada semua rakyat, perlawanan bolasepak, sukaneka, pertandingan masakan, kenduri rakyat dan sebagainya. Tidak ada ceramah politik dalam program tersebut. Ceramah politik dipohon pada sebelah malam 18hb. Itupun polis tidak memberi kebenaran atas alasan keselamatan.

Yang lagi dikesalkan permohonan bagi menggunakan peralatan gotong royong membersihkan masjid, surau dan tanah perkuburan juga tidak diberi kebenaran oleh Majlis Daerah Selama. Program Kuliah Maghrib juga dihalang oleh Pengerusi Masjid, sedangkan penceramahnya adalah Pegawai dari Jabatan Agama Islam Perak.

Pihak pengurusan Felda Ijok juga menghalang sebarang aktiviti di premis felda. Penganjur dan peneroka diugut dan diancam oleh felda sekiranya diteruskan dengan meminta pihak polis membuat tangkapan sekiranya diteruskan.

Semua premis rakyat sekarang ini telah menjadi milik UMNO, rakyat lain yang bukan UMNO tidak dibenarkan menggunakannya. Pakatan Rakyat selama 11 bulan memerintah telah berjaya membebaskan penguasaan UMNO terhadap milik bersama rakyat, semua premis kerajaan dibenarkan digunakan oleh semua rakyat tanpa mengira fahaman agama dan politik.


About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!