UMNO, POLIS & FELCRA CUBA GAGALKAN HIMPUNAN WARGA FELCRA

Dicatat oleh MisbahulMunir Sunday, August 1, 2010

Berbagai usaha telah dibuat oleh UMNO bagi menggagalkan perhimpunan warga felcra pagi esok. Polis dan felcra digunakan oleh mereka. Jumaat semalan seluruh masjid di sekitar Kampung Gajah dan Seberang Perak mengumumkan orang ramai terutamanya warga felcra dilarang sama sekali menghadiri perhimpunan, mereka diugut akan ditangkap dan diambil tindakan oleh pihak felcra.

Tajuddin (Ahli Parlimen Pasir Salak) pula menganjurkan majlis Tilawah Al Quran peringkat felcra kebangsaan yang lokasinya kira-kira 500 meter dari tapak perhimpunan warga felcra.

UMNO BN mula ketakutan dengan perhimpunan yang dijangka akan dihadiri ribuan warga felcra dari seluruh negara. Ketakutan UMNO BN memang ada wajarnya, kerana perhimpunan sehari suntuk itu akan dipenuhi dengan pembentangan kertas kerja dan forum bagi mendedahkan penyelewengan felcra dalam mengurus felcra itu sendiri.

Ancaman, ugutan dan cubaan menakutkan warga felcra untuk menghadiri perhimpunan tidak sedikitpun melemahkan semangat penganjur dan juga peserta. Mereka tetap bersemangat untuk menghadirinya esok. Sementara itu, polis & FRU sudah mula memenuhi Seberang Perak, beberapa sekatan jalan raya sudah kelihatan di beberapa buah jalan menuju ke lokasi program.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!