CERAMAH BERSAMA SYEIKH MAHMUD SIYAM

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, September 2, 2010


Malam ini bertempat di Dewan Bandaran Ipoh (bersebelahan Masjid Negeri) akan berlangsung ceramah mengenai isu-isu terkini umat Islam Palestin bersama mantan Imam Besar Masjid Al Aqsa, Syeikh Mahmud Siyam. Setiao tahun beliau menjelajah kebeberapa negara umat Islam di rantau Asia ini bagi menagih simpati umat Islam terhadap penderitaan rakyat Palestin terutama anak-anak yatim.

Orang ramai diseru hadir beramai-ramai bagi mendengar sendiri penderitaan umat Islam Palestin yang ditindas regim Israel Laknatullah dan menyumbang dengan wang ringgit bagi membantu mereka.

Syeikh Mahmud Siyam akan mengimami Solat Tarawikh di Masjid Negeri. Dan sebelum itu beliau akan diraikan dalam majlis berbuka puasa oleh ulama negeri Perak di Darul Salam, Tambun.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!