RESPON PEMBACA TERHADAP KOMEN TABUAN.

Dicatat oleh MisbahulMunir Friday, September 3, 2010

Ini tulisan bekas anak murid saya di Madrasah Al Ulum As Syariah, Batu 20 yang di emailkam kepada saya bagi menjawab tulisan tabuan dalam ruangan komen.

Ust Misbah tak payah jawab, biar saya yang menjawab hujjah-hujjah Tabuan, saya anak murid Ustaz yang pernah ustaz ajar di Al Ulum dulu.

1.Orang kapir boleh masuk ke masjid memberi tazkirah kepada orang islam/tok imam.

Majoriti ulama bersetuju orang bukan Islam dibolehkan masuk masjid atas apa tujuan sekalipun melainkan melakukan perbuatan maksiat, melakukan upacara keagamaan (itupun ada ulama yang menbenarkan penganut ahli Kitab dibenarkan melakukan upacara agama di masjid). Ahli Parlimen Serdang bukan memberi tazkirah tetapi menyampaikan ucapan dan taklimat tentang program pendidikan kerajaan negeri Selangor. Tazkirah yang kita fahami lain dengan makna ucapan. Tazkirah memberi peringatan kepada orang ramai apa sahaja perkara yang berkait dengan Islam, iman, amal, syurga, neraka, azab sikasa kubur, mati dan sebagainya. Media sahaja yang menyebut wakil rakyat tersebut menyampaikan tazkirah. Sekalipun yang difahami itu tazkirah, tidak ada nas yang menghalang orang bukan Islam menyampaikan peringatan, asalkan tidak mengajak melakukan perbuatan syirik, mengajak melakukan perbuatan mungkar dan yang seumpamanya. Kalau orang bukan Islam memberi peringatan atau nasihat supaya umat Islam beramal denga baik sepanjang bulan Ramadahan juga tidak ada salahnya. Kalau kita boleh terima orang bukan Islam memberi nasihat kepada orang Islam supaya jangan buang bayi, didik anak dengan baik, jangan berjudi, jangan terlibat dengan budaya samseng, gejala social, jangan merempet dan sebagainya. Kita terima nasihat tersebut, kerana itu juga yang dilarang oleh Islam untuk dilakukan. Kalau dihujjah orang bukan Islam masuk masjid itu mencemar kerana tidak menutup aurat, orang Islam Melayu pun ramai juga masuk masjid tak tutup aurat, kalau tutup pun tak sempurna. Tak mencemar ke tu ?


2.Masuk ke masjid bukan untuk di dakwah seperti mana nabi berdakwah

Dakwah dalam pengertian yang luas bukan bererti didakwah dengan lisan semata. Menunjukkan toleransi Islam kepada mereka juga adalah dakwah, dalam bahasa dakwah dipanggil lisan bil hal. Program yang dianjurkan oleh jawatankuasa Surau Al Huda juga dalam artikata lisan bil hal, mengajak orang bukan Islam mendekati masjid, melihat sendiri bagaimana tata tertib orang Islam beribadah juga pendekatan yang baik bagi memahamkan mereka Islam. Orang kafir Quraish termasuk orang Yahudi tidak semua masuk Islam melalui ajakan Rasulullah saw dan para sahabat, tetapi dengan menunjukkan contoh tauladan, membawa tawanan perang dalam masjid, melayani mereka dengan baik, membenarkan orang bukan Islam makan tidur dalam masjid, nabi tak paksa mereka beriman sepanjang orang tawanan berada dalam masjid, tetapi nabi dan para sahabat menunjukan akhlak yang baik, akhirnya sebahagian mereka menerima Islam.


3.Orang islam malah bertaraf ustaz, bekas mufti ada PHD pon tak di benarkan bagi tazkirah dalam masjid, malah di tangkap dan di dakwa.

Itu saya pun tidak setuju. Dan ini semua amalan kerajaan BN yang masih diwarisi oleh pegawai-pegawai kerajaan di negeri-negeri PR. Dr. Harun Din, Datuk Ismail Kamus, Ust Ahmad Awang, ini semua ulama terbilang tanah air juga pernah dihalang menyampaikan kuliah di Selangor sewaktu BN memerintah, hatta mufti Perak yang pro UMNO itupun pernah dihalang berceramah di Selangor suatu ketika dulu oleh kerajaan BN, jadi amalan ini masih diwarisi oleh pegawai-pegawai dalam MAIS.


4.Perdana menteri Malaysia seorang islam nak hadir buka puasa bersama umat islam pon tak boleh.

Saya pun tidak setuju atas sifatnya sebagai PM nak berbuka puasa bersama umat Islam kalau dihalang. Cuba sebut masjid mana dan di negeri mana. Dan kalau betul berlaku dapatkan dulu maklumat mengapa berlaku demikian, boleh jadi bertembung dengan program kerajaan negeri atau lain-lain sebab yang munasabah. Majlis Agama Islam ada kuasa, mengapa tak guna kuasa menganjurkan majlis buka puasa bersama PM.


5.Untuk puak-puak PAS jangan lah dok kalut buka kitab nak bela kafir DAP,sedar lah semua kafir DAP telah menolak hukum hudud, malah sekarang amat sedih sekali bila pemimpin PAS sendiri menolok hudud dan negara islam.

Kita sentiasa menjadi rujukan kitab Al Quran, As Sunnah dan kitab-kitab yang muktabar bagi menjelaskan perkara yang sebenar. Kita membela yang benar, orang bukan Islam tak kira DAP, PKR, MCA, MIC, PPP dan sebagainya sememangnya tidak dihalang untuk memasuki masjid asalkan tidak melakukan perbuatan maksiat dan mungkar. PAS tidak menolak hukum hudud dan Negara Islam, tok guru sering menjelaskan hudud tetap akan dilaksanakan bila sampai masa dan ketikanya nanti, Negera Islam tetap menjadi matlamat perjuangan PAS. UMNO lah penentang hukum hudud dan Negara Islam, kita tidak hairan kalau bukan Islam tentang hudud dan Negara Islam, sebab mereka bukan Islam, dan PAS sekarang tetap memberi penjelasan kepada meraka dalam kesempatan bersama dengan mereka. UMNO yang Melayu Islam itulah yang sebenar menentang hudud. PAS banyak kali mendesak kerajaan Pusat laksanakan hudud atau benarkan Kelantan laksana hudud, tetapi UMNO tidak pernah berbuat demikian. Kerajaan Kelantan telah lulus enakmen di DUN bagi melaksanakan hukum hudud, siapa pula yang menentangnya? Bukan ke UMNO BN ?


6.PAS lah yang bersalah apabila orang kafir mempersenda kan hukum Allah. Ini kerana PAS membawa hukum Allah kedalam tong UNDI. ingatlah segala hukum hakam agama tidak boleh di bawa untuk mendapat sokongan mejority.

Orang bukan Islam mempersenda hukum Islam kerana UMNO lah segala puncanya. UMNO lah yang selama ini memberi gambaran yang salah terhadap Islam, sehingga bukan Islam menganggap Islam ni agama ganas, tidak toleran . UMNOlah pencetus kepada masalah perkauman kerana fahaman sempitnya terhadap Islam, siapa yang mengheret kepala lembu dan dipijak-pijak di hadapan pejabat SUK Selangor kalau bukan UMNO. Saya setuju hukum hakam agama tidak boleh dibawa melalui tong undi, tetapi demokrasi di Malaysia yang mengkehendaki begitu, suara majortiti diperlukan untuk mendapatkan sokongan bagi menadapatkan kuasa politik, kuasa politik yang diperolehi pula akan digunakan bagi melaksanakan hukum hakam agama. Itulah reality politik masa kini. Dan PAS sudah lama terlibat dengan politik untuk dapatkan kuasa politik, kuasa politik hanya alat bagi mencapai matlamat yang lebih besar iaitulah melaksanakan keadilan Islam.


7.Mengapa PAS tak kafir pemimpin nya yang menolak hukum hudud dan negara islam seperti mana pas kafir kan umno.

Tidak ada pemimpin PAS yang menolak hudud dan Negara Islam. PAS tidak pernah kafirkan pemimpin UMNO, PAS cuma menjelaskan batas-batas Iman dan kufur. Iman ada batasnya, sekiranya dilanggar batasan dan hadnya, orang itu tidak kira siapa boleh gugur Imannya. Tabuan boleh rujuk Kitab Mustika Hadis Jilid ke 2 dalam bab perkara-perkara yang boleh menggurkan Iman dan Islam. Selama ini itulah penjelasan oleh tuan-tuan guru PAS dalam kuliah bagi menyelamatkan aqeedah umat Islam. Contoh kalau Tabuan berkata secara terang dengan i’tikad yang yakin, bahawa AL quran adalah kitab lapuk yang layak disimpan di muzium sahaja, atau syariat Islam tidak sesuai lagi dilaksankan pada zaman cyber, atau menutup aurat tidak wajib kepada wanita Islam, berzina kalau suka sama suka apa salahnya, dan sebagainya. Ucapan ini boleh menyebabkan aqeedah jadi rosak dan gugur lalu murtad. Itu contoh sahaja. Saya percaya Tabuan tidak begitu. Dan inilah sebahagian intipati pengajian dan kuliah-kuliah tok guru PAS. Cubalah hadir sekali dalam kuliah Tuan Guru Nik Abd. Aziz Nik Mat di Kota Bharu setiap pagi Jumaat dan Kuliah Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang setiap pagi Jumaat di masjid Rusila, catatkan apa silapnya kuliah Tok Guru dan bawa pada mufti supaya boleh dibetulkan.


8. Memang benar Rasulullah membenarkan para kafir memasuki kawasan masjid, tetapi bukan untuk tujuan menagih angpau, envelop dan sampul dari para kafir tersebut. Nabi menyeru mereka kepada Islam, tunduk kepada keesaan ALLAH. Rasulullah tidak mengharapkan undi mereka, apatah lagi menagih seringgit dua dari mereka. Rasulullah melakukannya semuanya atas nama ALLAH, dan mengajak mereka kepada menjadi hamba ALLAH!

Ahli Parlimen dan wakil wakil rakyat adalah sebahagian dari pemimpin dan kerajaan PR di Selangor, samalah juga di negeri-negeri yang BN perintah. Rakyat berhak memohon sebarang peruntukkan kerajaan negeri yang disalurkan melalui wakil rakyat PR. Jadi tidak salah rakyat mohon dan dan diberi peruntkkan. Tidak juga salah Ahli Parlimen dan wakil rakyat menyalurkan peruntukan yang dipohon oleh rakyat samada surau, masjid dan sebagainya. Di Perak dulu,Samy Vellu adalah ahli Parlimen Sg Siput, beliau juga menteri ketika itu. Beliau telah hadir dalam majlis perasmian pembinaan Masjid India Muslim Sg. Siput, beliau turut memberi ucapan dan mengumumkan memberi sumbangan 10 ribu kepada Masjid tersebut. Ada UMNO bising ke ketika itu? Kamu Tabuan tak baca sejarah ke, Rasulullah pernah mengikat perjanjian dengan penduduk Madinah yang tidak Islam seperti Yahudi & Nasrani agar menyokong & mengiktiraf kepimpinan Rasulullah, membantu Negara Islam sekiranya diserang oleh musuh. Zaman nabi tidak ada system pengundian untuk menyatakan sokongan. Ini juga satu cara menuntut orang bukan Islam menyokong Rasulullah saw.


9.Apakah PAS sudah berdakwah dengan puak kafir seperti nabi berdakwah, mengutus surat kepada pemerintah yang bukan islam, menerangkan perihal agama islam. Nabi tidak berusaha menawan negara tersebut tetapi berusaha mengislam pemerintah negara tersebut.

Cuba Tabuan dengar setiap ucapan pemimpin PAS dalam majlis-majlis yang disertai orang bukan Islam, pertama dimulakan dengan ayat al Quran, diterjemah dan dihuraikan supaya difahami. Tok Guru dan pemimpin PAS yang lain sering diberi peluang berucap di Tokong dan Kuil. Sering juga berdialog dengan paderi dan sami-sami budha dan hindu. Isu utama ucapan pimpinan PAS adalah menerangkan Islam yang syumul, Islam yang adil untuk semua, cara hidup Islam dan sebagainya. Kewajipan kita menyampaikan, hidayah itu kerja Allah. Sebab itu, orang Islam boleh mendoakan orang kafir supaya mereka dibuka pintu hatinya menerima Islam.


10.Jangan lah PAS terus jadi boduh dan terus mengheret umat islam untuk jadi boduh seperti PAS.

PAS tidak pernah mengheret umat Islam jadi bodoh. UMNOlah yang mengheret umat Islam dan rakyat semuanya jadi bodoh. Sebab bila umat Islam bodoh dan rakyat bodoh, senanglah rakyat yang bodoh mengikut telunjuk UMNO BN. Itu sebab pemimpin PAS yang ulama sentiasa membimbing rakyat melalui majlis Ilmu, penulisan, kuliah, tazkirah dan ceramah. Cuba tunjuk pemimpin UMNO yang ulama, ada ke tidak mereka kelas pengajian, berapa kitab agama yang dikarang oleh mereka, berapa masjid dan surau yang mereka buka kitab setiap minggu atau bulan. Pemimpin yang tidak ulama pulak, berapa kali mereka menadah kitab berguru dengan para mufti dan ulama-ulamanya. Lihatlah pemimpin PAS, yang Ulama ada kelas di masjidnya sendiri setiap minggu, di tempat lain setiap bulan, mengarang kitab-kitab agama. Puluhan kitab telah dihasilkan oleh Tok Guru Nik Abd. Aziz Nik Mat dan Tok Guru Hj Abd Hadi Awang dalam pelbagai bidang. Mufti seluruh Negara pun tidak ada yang boleh menghasilkan kitab sebegitu banyak sebagaimana tok guru PAS. Kalau yang ditulis dan diajar tidak betul, sila para mufti bersidang tunjukkan di mana salah dan silapnya ilmu tok guru. Pemimpin PAS yang bukan ulama pula sentiasa berguru dengan ulama melalui majlis usrah, liqa’ fikri dan sebagainya.

Ok ke cukup dulu. Saya ni bekas murid ustaz Misbah. Saya kagum dengan dia, Kuat sekalipun Ust Misbah dalam politik PAS, tetapi tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai guru. Saya diberitahu beliau berceramah merata tempat setiap malam,balik sehingga subuh kadang-kadang tu, tetapi pagi esok, guru lain belum sampai lagi kat sekolah beliau dah ada di sekolah. Beliau juga tidak pernah mengambil kesempatan menggunakan kelas untuk kempen politiknya, seingat saya tidak pernah bercerita pengalaman politiknya dalam kelas. Hebat Ustaz Misbah. Beliau mengajar tasawwur Islam, al quran & sunnah, pendidikan Islam & Syariat Islam. Sekalipun tak sebut PAS dalam kelas, dengan ilmu yang diajarnya saya faham apa itu Islam dan faham siapa pendokong-pendokong yang wajib kita sokong.

Selamat berjuang. Harap Tabuan dan rakan-rakannya yang lain baca. Tak setuju, kita berhujjah dengan baik, Jangan guna bahasa-bahasa kesat dab emosi. Tengok Ustaz Misbah, dia menulis dengan bahasa yang biasa sahaja, tidak guna bahasa kesat, mencarut, maki. Jadi saya muridnya, belajar dengan dia menggunakan bahasa yang baik.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!