BERKEMPEN BERSAMA CALON GALAS DI GUA MUSANG

Dicatat oleh MisbahulMunir Wednesday, October 27, 2010










Hari ini saya bersama YB Chan Ming Kai dan beberapa yang lain mengiringi calon PAS Dr. Zulkifli merayu undi dari rumah ke rumah dan juga dari kedai ke kedai di bdi bandar lama Gua Musang. Majoriti pengundi adalah orang Cina. Kedatangan calon dan pengiring-pengiringnya disambut dengan meriah dan diberi tepukan gemuruh.

Dr. Zulkifkli yang sememangnya sudah lama dikenali tidak sukar untuk diperkenalkan kepada para pengundi. Sokongan pengundi Cina kepada calon PAS sangat ketara sekali, biasanya calon yang akan menyapa dan merayu undi, di Gua Musang tidak begitu. Sebaliknya para pengundi meluru, menyambut dan menyapa calon. Calon tidak perlu merayu panjang, pengundi pula yang bejanji pasti akan mengundi bulan dan memberi jaminan Dr. Zul mesti menang punya.










About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!