PAS TIDAK TIRU UMNO

Dicatat oleh MisbahulMunir Friday, October 29, 2010

Parti Islam Se-Malaysia PAS menafikan dengan sekerasnya dakwaan Tan Sri Muhyidin Yasin yang mengatakan bahawa PAS meniru Umno dalam soal kerjasama dengan parti bukan Islam. Perlu ditegaskan kerjasama PAS dengan bukan Islam ialah “Tahaluf Siyasi” tanpa menggadaikan prinsip perjuangan yang dibawa oleh PAS. Sedangkan kerjasama Umno dalam Barisan Nasional dalam dalam bentuk “wala’, yang menggadaikan prinsip Islam.

PAS sebagai sebuah parti yang berdasarkan Islam, rujukannya pula ialah al-Quran, Sunnah, Ijma dan Qias. PAS sekali-kali tidak akan membuat sesuatu yang boleh menjerumuskan diri ke dalam neraka, semata-mata untuk mendapatkan kuasa. Perjuangan yang menuntut mardhatillah tidak akan menggadaikan prinsip Islam. Jika dunia dan kuasa menjadi perhitungan, lebih baik PAS bekerjasama dengan BN untuk sama-sama menaja program mungkar yang terbaru seperti pusat hiburan malam yang bakal meruntuhkan tamadun negara ini.

PAS mencabar Tan Sri Muhyidin tolong jelaskan, bilakah PAS menggadaikan prinsip Islam dan memusnahkan Islam di negara ini. Tidak ada sebuah masjid dan surau yang ditutup dan diroboh ketika PAS bekerjasama dalam Pakatan Rakyat. Sebaliknya Umno yang bekerjasama dengan bukan Islam dalam BN, telah bertindak biadab dengan agama, antaranya ialah merobohkan Masjid Bujal Kemaman, Surau Kampung Berembang Ampang Jaya, menutup Surau al Rahman Seksyen 8 Shah Alam dua minggu sebelum puasa 2007.

Tahaluf Siyasi membolehkan PAS melaksanakan dakwah dengan lebih cergas. Masjid dan surau meriah dengan majlis ilmu. Umno yang bekerjasama dengan bukan Islam mematikan majlis ilmu, meletakkan ahli jawatankuasa masjid bukan ahlinya sebagai orang yuang mengendalikan masjid, akhirnya masjid dan surau telah mati sebelum manusia mati.

Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!