Seawal pagi lagi penyokong PAS mulai berkumpul di perkarangan Masjid Gua Musang, sebahagiannya sudah mula berbaris sepanjang jalan menuju ke pusat penamaan calon di Pejabat Tanah Gua Musang.
Sebelum perarakan dimulakan terlebih dahulu diadakan solat hajat di dalam Masjid dengan diimami oleh Mursyidul Am. Penyokong-penyokong bukan Islam kelihatan juga menghormati penyokong PAS yang sedang solat dengan berdiri di luar masjid.
Perarakan dimulakan jam 9.00 pagi. Lebih 10 ribu mengiringi calon menuju ke pusat penamaan. Kekecohan tercetus berhampiran pusat penamaan apabila calon PAS dan beberapa pimpinan PR yang mendapat pas khas berhadapan dengan sekatan pihak polis.
Akhirnya calon PAS dan beberapa pimpinan PR yang lain diberi laluan oleh pihak keselamatan walaupun terpaksa menghadapi kesesakan.
Sementara menunggu pengisytiharan calon, para pimpinan PR bersilih ganti menyampaikan ucapan kepada para penyokong.
Setelah semua proses berjalan dengan baik dan lancar, dan bantahan kecil pula ditolak oleh SPR, akhirnya SPR mengisytiharkan hanya PAS & BN sahaja yang akan bertanding di DUN Galas.
Catatan Dhuha april 2019
5 years ago