UMNO PUNCA MELAYU MUNDUR

Dicatat oleh MisbahulMunir Saturday, October 30, 2010

Parti Islam SeMalaysia PAS, cuba memberi jawapan kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Naib Presiden Umno, yang sedang mencari sebab kenapa hak orang Melayu yang sering dipertikaikan di bumi sendiri. Beliau cuba membentuk pemikiran orang Melayu khususnya, berada di dalam suasana yang terancam, dengan ini orang melayu akan menyalahkan Pas dan Pakatan Rakyat.

Ini adalah teknik lama Umno untuk memulihkan tenaga Umno yang semakin lemah. Strategi ini adalah seperti pepatah Arab “Dia pukul orang dia mengadu bahawa orang lain pukul dia, dia memaki orang, dia mengadu orang lain memaki dia”. Hakikatnya Umnolah yang menyebabkan Melayu hilang jati diri dan lemah kuasa politik. Akibat politik dendam dan hasad yang berlubuk di dalam hati pemimpin Umno, yang mengutamakan Umno putera, menyebabkan Melayu merempat diri sendiri.

Modal lapok mereka ialah bagaimana Melayu Pulau Pinang yang terkorban kerana Pakatan rakyat memerintah. Mereka cuba menjadi orang yang buta sejarah dan memutar belikkan fakta sejarah. Pada hal Umno dengan Gerakan yang memerintah Pulau Pinang hampir 51 tahun. Umnolah yang bertanggungjawab menyebabkan Melayu merempat di Pulau Pinang.

Zahid cuba hendak menyalahkan bahawa Melayu yang sering bertolak ansur, sehingga akhirnya ditolak secara beransur-ansur. Hakikat yang berlaku, orang Melayu tidak bertolak ansur, sebaliknya pemimpin Umno yang terlalu bertolak ansur, menyebabkan Melayu terpinggir di negeri sendiri. Selama 53 tahun Umno memerintah, mereka gagal untuk mengangkat martabat orang Melayu di negara ini. Bayak dasar-dasar yang dibuat cantik, tetapi oleh kerana pelaksanaannya yang diberikan kepada pemimpin ynag mengkhianat amanah ini maka akhirnya semuanya gagal. Pemimpin Umno kena merasa malu kepada pemimpin parti lain di negara ini yang gagal mengangkat mertabat bangsa sendiri. Manakah pergi nillai saham khas bumiputera RM54 bilion?. RM52 bilion sudah lesap, hanya tinggal RM2 billion. Kemanakah pergi tanah rezab Melayu 3 juta hektar yang ditinggal oleh penjajah pada tahun 1957. Pada tahun 1995 tanah rezab Melayu hanya 1.7 juta hektar. Rumusannya Umno tidak layak untuk menjaga hak orang melayu, ibarat seperti menyuruh serigala menjaga kambing. Sudah sampailah masanya Umno berundur dan orang Melayu pula marilah menyertai PAS sebagai ganti kepada Umno.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!