AHLI PAS WAJIB TERUS ISTIQAMAH & SABAR - PJ PERAK

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, November 11, 2010

Pesuruhjaya PAS Perak hari ini mengingatkan kepada seluruh ahli PAS di setiap peringkat supaya terus tetap dan sabar dalam membawa perjuangan Islam untuk sampai kepada masyarakat. Beliau mengingatkan agar penggerak-penggerak parti supaya terus istiqamah dalam menghadapi mehnah dan tribulasi dalam perjuangan kerana sudah menjadi sunnatullah atau adat perjuangan, pastinya mereka akan diuji sepertimana yang dinyatakan oleh Allah SWT

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

(Al Ankabut : 2-3)

Beliau juga menambah, istiqamah merupakan suatu perkara yang mudah untuk dikatakan akan tetapi, pelaksanaannya amat sukar dan memerlukan kepada kesabaran dan pengorbanan yang tinggi. Istiqamah merupakan perkara yang amat berat sehingga tumbuh uban Rasulullah ketika mana turunnya ayat yang menyuruh untuk istiqamah.

Mengulas lanjut, beliau menambah, PAS merupakan parti yang amat komited di dalam memperjuangkan Islam sejak dari zaman kemerdekaan lagi. “Kita tidak pernah berundur daripada medan mendaulatkan syariat Allah di muka bumi ini kerana kita komited dengan perjuangan suci ini,” tegas beliau menjelaskan kewujudan PAS di muka bumi Malaysia. “Maka tidak harus kita berundur sekarang kerana kita yakin kemenangan sudah semakin hampir dengan kita,” jelas beliau lagi mengajak seluruh ahli supaya terus tetap berada di jalan perjuangan dan seterusnya mengatakan bahawa untungnya menjadi pejuang Islam adalah kerana dihujungnya, pasti akan mencapai kemenangan samada kemenangan di dunia ataupun mendapat syahid sambil membacakan ayat ke-23 surah al-Ahzab yang bermaksud

Di antara orang-orang yang beriman itu terdapat pemuda-pemuda yang membenarkan janji mereka kepada Allah. Di antara mereka ada yang telah menyempurnakannya dan ada yang masih menunggu. Mereka tidak sekali-kali mengubah janji mereka. (Al-Ahzab: 23)

Seterusnya, beliau menambah, UMNO kini sudah tua untuk memerintah Malaysia. Malaysia memerlukan pembaharuan untuk membawa masyarakat kini dan beliau menyeru agar penggerak-penggerak parti untuk bekerja dengan untuk lebih kuat. “Dengan izin Allah dan kesungguhan kita bergerak kerja, UMNO dan Barisan Nasional akan menjadi sejarah pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti,” tegas beliau.


About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!