SIDANG DUN PERAK : GANESAN TIDAK PERLU UGUT ADUN PR

Dicatat oleh MisbahulMunir Wednesday, November 10, 2010



Dato’ Ganesan tidak perlu mengugut Adun-adun Pakatan Rakyat (PR), ia hanya perlu menjalankan tugas yang adil sebagai pengerusi dalam sidang tersebut.

Kekecohan yang berlaku dalam sidang-sidang yang lepas disebabkan speaker tidak menjalankan tugas dengan adil, hak Adun untuk berucap dihalang, sidang pula hanya berjalan sehari sahaja, sedangkan semua Adun bersiap sedia untuk membahaskan isu-isu yang berkaitan dengan rakyat, manakala soalan-soalan Adun PR ditolak tanpa alasan yang kukuh. Alat pembesar suara juga dimatikan apabila pembangkang cuba bersuara dalam dewan.

Sidang-sidang yang lepas juga berlaku ketidakadilan terhadap adun-adun PR, sebelum sidang lagi mereka diasingkan masa untuk memasuki dewan, bahkan pintu masuk dewan juga diasingkan, adun PR terpaksa melalui satu kawalan yang terlalu ketat sejak di pintu pagar masuk bangunan SUK, mereka tidak dibenarkan membawa hp, kamera bahkan laptop sedangkan semua Adun BN memasuki dewan dengan senang dan tidak diperiksa dengan ketat.

Pertelingkahan lidah sememangnya biasa dalam mana-mana sidang, speaker hanya perlu mengawal dengan adil. Ketua pembangkang hendaklah diberi peluang berucap dengan panjang sebagaimana PR memerintah dahulu di mana Ketua Pembangkang BN diberi peluang berucap lebih 1 jam tanpa sebarang gangguan.

Dato’ Ganesan perlu memberi notis yang jelas berapa hari sidang DUN kali ini, notis yang dihantar tidak menetapkan berapa sidang diadakan, manakala agenda sidang juga tidak dikepilkan.

PR menuntut sidang DUN diadakan sekurang-kurangnya empat hari atau lebih bagi memberi peluang semua Adun membahaskan Bajet 2011. Tidak sebagaimana sidang Bajet 2010, DUN hanya bersidang satu hari dan bajet di luluskan tidak sampai 1 jam setelah dibentang oleh Menteri Besar.

Dato’ Ganesan tidak boleh sewenang-wenang guna kuasa untuk menghalang ahli dewan memasuki dewan, sepatutnya setiap ahli dewan dibenarkan membawa pengiring masing-masing sebagaimana biasa, tetapi sejak BN rampas kuasa, sidang dewan dikawal begitu rupa, sejumlah anggota polis digunakan untuk mengawal luar dan dalam dewan seolah-olah Perak dalam keadaan tidak aman.

Polis tidak diperlukan bagi mengawal keselamatan, cukup dengan Pasukan Keselamatan yang ada di bangunan Perak Darul Ridzuan.

Semua media hendaklah diberi kebenaran membuat liputan dengan tempat khas yang disediakan bukannya digaleri awam, PAS masuk juga hendaklah diberi kepada mana-mana orang awam yang membuat permohonan termasuk pimpinan utama parti-parti politik.

Sidang yang sebegini penting juga hendaklah diberi liputan secara langsung melalui internet supaya semua lapisan masyarakat menyaksikankanya, dan rakyat akan menilai perjalanan sidang DUN Perak dengan adil.




Loading...

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!