Sehingga sekarang, permohonan PAS Perak sebagai pemerhati dalam sidang DUN Perak tidak dijawab dan dilayan oleh Speaker atau Setiausaha Dewan Undangan Negeri Perak. Permohonan telah saya ajukan sebagai Setiausaha Perhubungan PAS Perak kepada Setiausaha DUN Perak seminggu yang lepas. PAS memohon lima pas masuk ke dewan undangan negeri. Selain itu, Dewan Pemuda PAS dan beberapa PAS kawasan juga turut memohon sebagai pemerhati, namun sehingga sekarang semua permohonan tidak dilayan dan dijawab oleh Setiausha DUN Perak.
PAS melahirkan rasa kekesalan yang amat sangat terhadap sikap DUN Perak yang tidak melayan serta tidak menghormati hak rakyat untuk menghadiri sidang. Sedangkan wakil PAS ada 6 orang sebagai Adun. PAS mahu melihat sendiri perjalanan sidang bajet yang penting ini dan juga mahu melihat peranan wakil PAS dalam membahaskan bajet kali ini dan juga membangitkan isu-isu yang berkaitan dengan kebajikan rakyat.
Amalan DUN Perak sangat bertentangan dengan semangat demokrasi. Rakyat dihalang mengikuti sidang dewan, sedangkan inilah peluang terbaik untuk rakyat mengikuti sidang secara langsung.
Kerajaan Kedah dicemuh oleh UMNO BN dan media kerana menghalang sebahagian media dari mengikuti perjalanan dewan kerana sikap mereka yang tidak betul dalam melaporkan sesuatu isu di Kedah, tetapi rakyat melalui parti-parti dan adun-adun tidak dihalang dari mengikuti perjalanan sidang. Begitu juga di Kelantan, malahan rakyat berpeluang mengikuti sidang secara live menerusi internet.
Di Perak, sejak UMNO BN mengambil alih secara paksa dua tahun lalu, semua sidang DUN Perak menjadi hak mutlak UMNO BN, SUK dan polis. Mereka berkuasa penuh ke atas DUN Perak. Hak adun PR dinafikan sama sekali oleh mereka. Akhirnya sidang DUN hanya menjadi tempat untuk UMNO BN tunjukan kebodohan dan kesombongan semata-mata. Sidang tidak menjadi medan berhujjah, medan mengkritik, medan membangkitkan isu rakyat dan medan untuk menilai perjalanan sesebuah kerajaan.
KESAL, PERMOHONAN PAS MENJADI PEMERHATI SIDANG DUN PERAK TIDAK DILAYAN
Dicatat oleh
MisbahulMunir
Monday, November 29, 2010