AKHIRNYA DUN PERAK BAGI PAS MASUK KEPADA WAKIL PAS

Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, November 29, 2010

Setelah saya melahirkan rasa kesal pagi tadi terhadap DUN Perak yang tidak menjawab permohonan PAS Perak sebagai pemerhati, barulah sebelah petang tadi kira-kira hampir jam 4.00 petang, saya dapat panggilan telepon supaya mengambil 5 pas masuk yang diberi kepada PAS sebagai pemerhati dalam sidang DUN yang akan berlangsung pagi esok.

Bagi pihak PAS, kita ucapkan ribuan terima kasih kerana menerima PAS sebagai pemerhati walaupun sekadar menelopon untuk mengambilnya. Peluang ini akan kita gunakan untuk menilai sendiri perjalanan sidang sepanjang ia berlangsung mulai pagi esok. Kita juga mengharapkan Speaker memberi keadilan kepada Adun PR dengan memberi masa yang seimbang dalam membahaskan bajet 2011.

Kita juga mahu pihak keselamatan terutamanya polis tidak membuat sekatan untuk melambat-lambatkan perjalanan Adun daripada memasuki dewan sebagaimana sidang yang lepas.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!