BELIA MALAYSIA BUKANNYA KAYU

Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, November 29, 2010

Seruan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidn Yasin di Seminar Pemimpin Muda Malaysia di Parlimen hari ini, supaya generasi muda tidak terpedaya dengan kumpulan yang mempunyai kepentingan tersendiri yang membawa ideologi dan perjuangan yang indah bunyinya, sebagai satu kenyataan yang tersilap sasaran. Mungkin beliau membayangkan sedang berucap dengan perwakilan Umno yang terdiri daripada saluran satu yang hanya menelan maklumat melalui media lapok umno sahaja.

PAS ingin mengingatkan kepada Timbalan Presiden Umno ,belia Malaysia bukan kayu yang tidak bernyawa, kerana mereka hidup di zaman langit terbuka dan maklumat di hujung jari. Belia tahu mana intan dan mana kaca. Generasi ini tidak senang melihat kepincangan yang berlaku di dalam negara kita. Mereka tidak akan biarkan setengah abad kedua diperintah oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab kepada negara dan generasi masa depan.

Sebagai generasi yang kritis dan mempunyai idealisma perjuangan yang tersendiri amat tidak sesuai untuk menyokong Umno BN di negara ini. Mereka sudah boleh melihat contoh hidup yang telah dipamerkan oleh pimpinan negeri Pakatan Rakyat yang jauh lebih baik dari segi keterampilan, ketelusan dan ketertiban ketika melaksanakan mandat rakyat di negara ini. Macam mana Tan Sri Muhyidin hendak menyeru supaya belia ini bersama dengan Umno BN, sedangkan mereka mengalami keperitan hidup lantaran sikap gelojoh dan boros pemimpin Umno sehinggga memberi kesan kepada mereka untuk membina kualiti hidup yang lebih baik.


Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!