YB Kesavan dihalau keluar hanya kerana menuntut haknya

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, November 30, 2010

Saya menghadiri sidang DUN Perak yang dimulakan hari ini. Peringkat awal sidang berjalan dengan baik dan tenang. Apabila soal jawab lisan tamat, Adun Hutan Melintang bangkit untuk menuntut soalannya dijawab oleh MB Perak. Soalan YB Kesavan diletakkan nombor 23, ini menyebabkan soalan yang begitu penting tidak sempat dijawab kerana peruntukkan masa yang begitu pendek. Dalam masa yang sama ada soalan Adun BN diberi peluang berturut-turut, sedangkan soalan dari PR tidak diberi keutamaan.

YB Kesavan bangkit dan mempersoalkannya, nadanya biasa sahaja, apabila micnya dimatikan, Kesavan meninggikan suara, bukan kerana kasar atau sengaja meninggikan suara. Saya melihat sendiri setiap kali Adun PR bangun untuk membuat soalan tambahan atau memohon memberi penjelasan atau mempersoalkan speaker, mic Adun PR dimatikan.

Suasana menjadi kecoh dan hinggar binggar apabila speaker yang tidak cerdik tiba-tiba menghalau Kesavan keluar dewan. Tindakan ini menimbulkan kurang senang semua Adun PR, masing-masing bangun meminta penjelasan. Salah seorang Adun BN mengemukakan usul supaya Kesavan dihalau keluar dan tidak dibenarkan masuk ke dewan sehingga tamat persidangan penggal ini, bukan hari ini sahaja.

Saya melihat isu ini kecil sahaja, tapi ia menjadi besar bukan kerana sangat Kesavan yang tetap berucap walaupun disuruh berhenti oleh speaker. Pada saya speaker tidak cerdik dan gagal memahami tugas dan fungsi yang baik sebagai speaker. Kesavan hanya menuntut supaya MB Perak memberi jawapan secara bertulis isu yang dibangkitkan apabila soalannya tidak sempat dijawab. Kalau speaker jenis orang cerdik, dia boleh menghormati Kesavan sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat dengan meminta pihak kerajaan memberi jawapan bertulis kepada Kesavan supaya beliau boleh memberi penjelasan kepada rakyatnya di Hutan Melintang.

Tapi hanya kerana nak tunjuk sombong, angkuh dan kononnya berkuasa, beliau tidak bertindak cerdik. Tindak tanduknya sepanjang mengendalikan sidang dilihat oleh semua pihak, betapa bodohnya speaker yang tidak bijak mengendalikan isu ini. Saya sempat bersimbang dengan pegawai-pegawai kerajaan, semuanya bersetuju speaker tidak cerdik dan bijak.

Manakala soalan yang dikemukakan oleh Kesavan ialah menuntut MB Perak memberi penjelasan mengapa kerajaan begitu mudah meluluskan tanah kepada beberapa indiviu yang hasil siasatannya individu tersebut pemimpin UMNO Bagan Datoh yang sudah kaya raya, menurutnya lot-lot tanah tersebut dijual pula kepada orang lain dengan harga yang lumayan. Beliau menuntut jawapan dari MB Perak melalui jawapan bertulis kerana masa soal jawab sudah habis. Menurutnya lagi, ramai rakyat yang miskin, tidak ada tanah dan ada yang tinggal di tanah-tanah rezab jalan, JPS dan sebagainya memohon tanah tetapi tidak pula diberi perhatian oleh kerajaan.

Kalau speaker cerdik, dia boleh menyelesaikan isu yang dipertikaikan oleh Kesavan dengan cukup mengingatkan pihak kerajaan supaya menjawab soalan tersebut yang tidak sempat dijawab secara bertulis kepada YB Hutan Melintang. Soal selepas itu, kerajaan nak jawab atau tidak itu soal lain, bukan caranya speaker menyelesaikan isu dengan menghalau ianya keluar melalui usul yang tidak relevan.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!