Persoalan penegasan Allah ini telah disebutkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam posting blognya sebelum ini (1 Oktober 2010): “Satu-satu bangsa itu akan menjadi hebat apabila bangsa itu mencapai tahap kemuliaan dan diperkasakan dengan ketakwaan. Kemuliaan bermakna beriman dengan penuh yakin dan istiqamah kepada ajaran Islam. Sementara takwa merupakan ukuran kehebatan dan keperkasaan bangsa itu berusaha menegak apa yang diperintah (perkara maaruf) di sisi Allah dan sentiasa meninggalkan malah mencegah daripada melakukan apa yang dilarang (perkara mungkar) di sisi Allah. Maknanya nilai bangsa itu akan dipandang hebat apabila ia mencapai tahap kemuliaan dan ketakwaan menurut acuan Allah SWT. Bukannya hebat bangsa itu kerana namanya atau kuatnya semangat perkauman Melayu atau Cina atau India dan sebagainya.”
Maka di sisi agama, nilai Melayu mahupun ketuanan yang dicanangkan tidak mempunyai apa-apa makna sekiranya kekuatan nilai akidah Islamiah tidak dijadikan teras. Sejarah Islam cukup mengukirkan ketamadunan bangsa di dunia Islam adalah berpaksi nilai-nilai tamadun berteraskan agama. Meskipun, bangsa Arab yang majmuk di Madinah seera kepimpinan Nabi Muhammad SAW turut menikmati sifat madaniah yang aman dan sejahtera.
Ketuanan Melayu milik elit
Soalnya kenapa pemimpin Umno tidak yakin dengan kekuatan Islam sebalik terus bebal dengan nilai-nilai ketuanan bengsa bukan Islam? Mungkin jawapan yang munasabah kerana segolongan elit Melayu di dalam Umno tidak yakin dengan kekuatan ketuanan Islam, atau memang mereka sedia menjadi hamba kepada fahaman kebangsaan, atau kerana mereka memang tidak nampak realiti kekuatan teras ajaran Islam dalam konteks kontemporari. Lalu dilihat soal ketuanan Melayu hanya permainan Umno untuk tujuan hidup (survival) elit mereka.
Seorang pensyarah IPTA tempatan memberi komen spontas atas isu Umno layakah sebagai tuan bagi orang Melayu telah mempertikaikan beberapa tindakan tidak bermaruah pemimpin Umno yang mengruskan kepentingan negara dan rakyat Melayu. Katanya, selama ini orang melayu sudah tertipu apabila sempadan bahagian pilihan raya tidak ditambah di negeri-negeri ‘the Malay belt’ meneybabkan jumlah kerusi parlimen dan Dun orang Melayu tidak ditambah sejak 30 tahun lepas.
Amat mengejutkan lagi apabila menafikan orang Melayu di Kelantan mendapat royalti minyak sebanyak lima peratus apabila memunggah minyak dan gas dari perut bumi Kelantan dinaikkan di Thailand dan Terengganu. Ia berlaku semata-mata kerana Kerajaan Negeri Kelantan adalh kerajaan parti PAS. Nampak jelas maruah ketuanan Melayu sudah dijadikan alat bagi kepentingan elit penguasa kalangan Umno. Kalau demikian, bagaimana Umno boleh jadi tuan kepada orang Melayu?
Melayu dalam Perlembagaan
Berdasarkan kenyataan tersebut, turut dilihat kegagalan Umno mewakili sifat ketuanan Melayu ialah dalam konteks menjaga Islam sebagai agama bagi orang Melayu. Lantaran itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan dalam suatu responsnya, turut mem
Soal Islam yang diperundangkan di dalam Perlembagaan tersebut telah menjelaskan kedudukan orang Melayu amat rapat kaitannya dengan Islam adalah tidak boleh dipertikaikan. Justeru nilai ketuanan Melayu tiada soal lagi, mesti berpaksikan Islam. Perkara 160 mengenai tafsiran Melayu menyatakan: "Orang Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan—(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau (b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian.
Sehubungan itu, pakar perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari turut menegaskan hakikat Islam adalah agama persekutuan yang sepatutnya diperundangkan dan diamalkan di dalam setiap segi kehidupan di Malaysia ini. Kenapakah pemimpin Umno memandang sepi kenyataan ini?
Apa pun, ucapan Wan Azizah berkenaan ketuanan Melayu itu telah menjadi bahan provokasi yang tidak bermaruah pada muka depan Utusan Malaysia (1 Disember 2010). Akhbar yang pro-Melayu itu cuba membangkit kemarahan pembaca terhadap Anwar Ibrahim dan Wan Azizah. Lebih-lebih lagi pada tag-linenya tertulis “Anwar, Wan Azizah wajar diusir kerana tolak ketuanan Melayu.” Lalu mendapat reaksi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Sinar Harian & Utusan Malaysia, 1 Disember 2010) yang menganggap kenyataan Wan Azizah boleh menimbulkan keresahan rakyat.
Sebenarnya, bukan rakyat yang resah sebaliknya pemimpin Umno yang berada dalam keresahan kerana nilai-nilai ketuanan Melayu yang menjadi buah keramat politik Umno sedang dilodehkan. Justeru tidak berbangkit soal Wan Azizah perlu memohon maaf secara terbuka kepada Raja-Raja Melayu (seperti diasak oleh beberapa NGO pro-Umno) kerana yang diungkitkan oleh Wan Azizah bukan ketuanan dalam konteks Raja-raja Melayu, tetapi ketuanan Melayu yang dislogankan oleh pemimpin Umno. Maka, mungkinkah isu ketuanan Melayu bakal menyaksikan MCA, Gerakan dan MIC berpaling?
Ketuanan Islam
Tiada apa dengan ketuanan Melayu. Ia tidak lebih daripada permainan slogan pemimpin Umno demi nyawa dan survival politik. Justeru Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyarankan kita semua kembali menegaskan komitmen untuk mendirikan ketuanan Islam bagi semua kaum di Malayia. Ini kerana ajaran Islam adalah rahmat untuk sekalian alam (rahmatal-lil’alamin). Maka, Mujahid Yusof (2010) menulis dalam bukunya “Kita kan orang Malaysia” juga menggagaskan Melayu selaku keturunan tidak mungkin mendahului Islam! Hakikatnya Melayu memerlukan Islam untuk bangkit sebagai tuan yang mencipta semula tamadun bangsa.
Maka selama ini, Umno yang salah kerana terus bebal dengan slogan menjaga elit mereka kononnya membela Melayu dengan nilai ketuanan bangsanya. Apa pun, bangsa yang kuat beragama adalah memiliki ketuanan yang sejati, iaitu ketuanan Islam yang berpaut sepanjang masa pada kehendak Allah SWT. Semoga Allah SWT memberkati semua umat yang cintakan Islam dan bangsanya yang sentiasa beragama.
Wan Nik Yusuf
Setpol YAB MB Kelantan