PAS PERAK HANTAR PETUGAS DAN BANTUAN KE KEDAH

Dicatat oleh MisbahulMunir Sunday, November 7, 2010





Para sukarelawan amal dari PAS Perak telah bergegas ke Kedah sejak semalam lagi. Bantuan berupa keperluan asas seperti air mineral, beras, biskut, lampin pakai buang dan sebagainya telah dihantar ke Kompleks PAS Kedah. Pimpinan PAS Perak juga turut berada di sana bagi menghulurkan bantuan yang sewajarnya.

Pimpinan, ahli dan seluruh pemuda PAS di Kedah sejak banjir menimpa telahpun bertungkus lumus membantu mangsa banjir. Pimpinan PAS dan EXCO kerajaan negeri juga telah turun padang. Kerajaan Negeri Kedah pula telah memperuntukan RM 1 juta untuk mangsa banjir.

Banjir adalah musibah Allah swt, bila ia turun banjir tidak mengenal siapa, semua terlibat dengan musibah ini, orang PAS, UMNO, PKR, DAP, yang tidak ada parti juga terlibat dengan musibah ini. Ia tidak khusus hanya pada golongan tertentu.

Jadi wajar semua pihak tanpa mengira fahaman politik dan agama turun padang bagi membantu mangsa banjir. Semua pihak mesti berasa terpanggil untuk berhadapan dengan musibah ini. Tidak wajar sebelah pihak mendakwa turun padang dan menafikan orang lain yang turut bertungkus lumus sejak musibah ini menimpa.

Alhamdulilah Pakatan Rakyat begitu prihatin terhadap musibah ini. Kerajaan PR Selangor menyumbang RM 100 ribu untuk mangsa banjir di Kedah, begitu juga Pulau Pinang. Pemuda PAS pula menubuhkan Sekretariat Banjir bagi menyelaraskan tenaga pemuda dari seluru negara yang ingin berbakti di Kedah.

Dalam situasi krisis banjir yang semakin parah, ada juga pemimpin daripada Barisan Nasional yang cuba mengambil kesempatan untuk bermain politik.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyatakan rasa kesal terhadap sikap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang cuba mempolitikkan krisis banjir di Kedah dengan menyalahkan kerajaan PAS Kedah lembap dalam membantu mangsa banjir.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata dalam keadaan semua agensi kerajaan negeri dan semua pihak tengah bersusah-payah dan bertungkus lumus untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Kedah, kenyataan Shahrizat memperlihatkan kehadiran Ketua Wanita Umno itu bukan untuk membantu tapi untuk berpolitik.

Shahrizat, kelmarin dipetik menyalahkan kerajaan negeri Kedah tidak menyediakan pengangkutan untuk membantu untuk menghantar makanan kepada penduduk di kawasan yang terputus hubungan akibat banjir terutama di Padang Terap.

Sepatutnya beliau sebagai menteri boleh coordinate dengan jabatan kebajikan di bawahnya dengan tentera dan sebagainya untuk mendapat kenderaan-kenderaan berat, kenderaan pacuan empat roda, trak dan sebagainya untuk mengharungi kawasan masuk air, dan juga mendapatkan bot-bot besar

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!