YB KHALID SAMAD LUANG MASA MELAWAT BAN PECAH DI SUNGAI TIANG BAROH

Dicatat oleh MisbahulMunir Sunday, November 7, 2010






Semalam dalam kesempatan program minum petang bersama YB Khalid Samad bersama orang kampung Sungai Tiang Baroh di perkarangan rumah En. Baharuddin Mat Yit, kami sempat melihat kesan ban pecah di Bagan Sungai Tiang Baroh, dan hakisan jalan ke Bagan Sungai Tiang yang belum lagi diambil tindakan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Pagar titi yang tercabut kerana reput juga masih dibiarkan. Menurut penduduk kampung, aduan telah pun dibuat kepada pihak yang bertanggungjawab, berita pun telah dilaporkan oleh Sinar Harian, namun belum ada apa-apa tindakan yang dibuat.

Penduduk kampung Bagan Sungai Tiang Baroh begitu terharu di atas kesudian YB Khalid Samad yang sudi melapangkan masa untuk melihat dan mendengar rintihan mereka. Mereka juga tahu, kami tidak mampu menyelesaikan masalah tersebut, tetapi sekurang-kurangnya boleh membantu bagi memanjangkan kepada pihak yang bertanggungjawab.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!