RAKYAT TETAP PILIH PAS DI GALAS

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, November 4, 2010


Hanya tinggal beberapa jam lagi selepas tempoh kempen tamat jam 12.00 tengahmalam tadi, rakyat galas akan mengundi seawal pagi esok di semua saluran mengundi setelah dibuka kira-kira jam 8.00 pagi.

Saya sempat mengikuti dan berkempen di beberapa tempat bersama pimpinan PAS yang lain. Kedua-dua pihak menggunakan strategi masing-masing. Selain media ceramah, rayu undi rumah ke rumah, sebaran risalah, bermacam-macam lagi pendekatan strategi digunakan bagi memancing undi.

Kempen sejak hari penamaan calon di Galas agak ada kelainan sedikit berbanding PRK di tempat lain sebelum ini. Walaupun kempen tetap rancak tetapi cool, tidak ada provokasi dari kedua-dua pihak yang boleh mencetuskan pergaduhan, jalanpun tidaklah sesak sangat sebagaimana di tempat lain.

UMNO dibantu oleh media arus perdana yang dikuasai oleh mereka, jentera kerajaan persekutuan turut digunakan oleh mereka. PAS sekalipun atas nama program kerajaan negeri tetapi tidaklah sebagaimana UMNO BN yang begitu menjolok mata mempergunakan semua jentera kerajaan pusat.

Sebaran media UMNO BN lebih bersifat propaganda dan fitnah semata-mata. Jawapan-jawapan melalui media PAS pula terhadap fitnah jahat UMNO BN tidak pula disiarkan oleh akhbar media arus perdana mereka. Rakyat yang membaca semua sebaran tersebut dan bijak berfikir sudah pasti akan membakul sampahkan maklumat yang berbau fitnah tersebut. Pengundi Galas di Gua Musang tidak lagi seperti 20 tahun dulu yang mungkin mendapat maklumat sebelah pihak sahaja, sekarang mereka lebih cerdik kerana maklumat dari sebelah PAS boleh dibaca dan didengar melalui medium PAS.

Saya pasti dan yakin Insya Allah, Galas tetap menjadi milik PAS. Seorang sahabat saya memberitahu berdasarkan risikan yang boleh dipercayai kemungkinan besar PAS boleh menang dengan majoriti yang agak merosot sedikit dan kemungkinan juga akan meningkat.

Apapun kita tunggu petang esok. Malam ini bermula Isya' tadi hujan yang turun masih belum reda lagi, sesekali renyai dan juga lebat silih berganti. Tidak ada ceramah yang dianjurkan oleh PAS, solat hajat dan munajat diadakan disetiap kampung mohon agar Allah swt memberi hidayah kepada pengundi galas agar terbuka minda mereka untuk terus mengundi PAS Insya Allah.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!