Dua jam berada di Pusat Pengundian Pos Brooke untuk membantu para petugas merayu undi peti undi orang Asli, saya melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana para pengundi disogok oleh petugas UMNO BN dengan sekampit beras, sebungkus biskut dan baju merah berlogokan 1 Malaysia yang dipakai oleh kebanyakan pengundi orang Asli ketika mereka keluar mengundi. Semua yang ingin mengambil barang-barang tadi diwajibkan terlebih dahulu memakai baju merah dan mengundi terlebih dahulu barulah mereka diberi semua barangan tersebut.
Ada juga yang mendakwa menerima sogokan wang tunai 100 dengan syarat mesti mengundi calon UMNO BN.
Tok Guru baru-baru ini telah mengislamkan beberapa orang pemuda Asli di Gua Musang, setelah Islam mereka berstatus muallaf, kebetulan seorang individu ingin menunaikan zakat kepada muallaf tersebut lalu dihulurkan wang zakat kepada Tok Guru untuk disampaikan kepada mereka.
Semua media arus perdana mengulas isu tersebut kononnya Tok Guru merasuah orang Asli, SPR segera membuat kenyataan tanpa usul periksa bahawa perbuatan tersebut tetap salah dari sudut undang-undang pilihanraya. Duit tambang yang disumbangkan oleh NGO kepada pengundi-pengundi luar Kelantan supaya mereka tidak terbeban dengan kos pengangkutan bila pulang mengundi juga dianggap rasuah. Pada hal selama ini itulah amalan UMNO BN dalam setiao kali pilihanraya. Pengundi-pengundi mereka yang pulang mengundi diberi duit tambang sekurangnya 100 bahkan lebih lagi.
Pagi tadi saya menyaksikan sendiri amalan tersebut juga berlaku kepada pengundi-pengundi orang Asli di pos Brooke. Kami sekadar menyaksikan sahaja dengan sekadar mengambil gambar-gambar di sekitar pusat pengundian. Pemberian barangan tersebut diberikan secara terang-terangan disebuah dewan berhampiran pusat pengundian. Saya lihat sendiri petugas UMNO menyemak nama-nama pengundi di dewan tersebut dan menyerahkan barangan tersebut terang-terangan tanpa segan silu. Dalam dewan kelihatan berkampit-kampit beras berlonggok teratur untuk dimasukan dalam beg merah yang disediakan. Kebanyakan pengundi memakai baju merah.
Saya sempat bertanya pengundi mengapa pakai baju merah, mereka berkata "kalau nak dapat beras kena pakai baju merah lah" Saya sempat bergurau, semua merah ya, baju merah, beg merah............, mereka terus mencelah, " baju dan beg je merah, undi hijau encik".
Yang saya lega sekali, 10 yang ditanya banyak menjawab luar merah je encik, dalam hijau. Kalau benarlah kenyataan ini, ini bermakna orang Asli sudah cerdik tahap minda mereka. Bak kata mereka, "dah dia orang bagi encik, kita ambil je, mengundi dia orang bukan tahu, lepas ni, dia orang balek, kami tetap masuk hutan juga, dia orang bukan nak bagi beras sampai kita mati encik, hari ini je"
Lihatlah gambar-gambar yang sempat diambil di pos brooke, Gua Musang.
PENGUNDI ASLI DIUMPAN BERAS SEKAMPIT & SEBUNGKUS BISKUT
Dicatat oleh
MisbahulMunir
Thursday, November 4, 2010