Himpunan Bersih 2 jika Umno/BN gagal lakukan transformasi Pilihan Raya

Dicatat oleh MisbahulMunir Wednesday, March 2, 2011

Dewan Pemuda PAS memberi tempoh dua bulan kepada kerajaan pusat agar melakukan transformasi sistem pilihan raya adil dan telus, yang boleh meyakinkan rakyat, dan jika tidak akan mengadakan Himpunan Bersih kali kedua dengan kerjasama Pakatan Rakyat.

Parti-parti politik yang membentuk Pakatan Rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan mengadakan himpunan seumpama itu pada 2007, beberapa bulan sebelum pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

“Kita telah memberikan tempoh sehingga 1 Mei 2011 untuk kerajaan Umno dan BN segera melakukan satu transformasi yang meyakinkan rakyat dalam pengurusan dan pengendalian sistem demokrasi negara agar adil, telus dan baik.

“Rakyat telah menanti dalam satu tempoh yang terlalu lama untuk kerajaan melakukan perubahan yang dimaksudkan sejak tuntutan mereka melalui perarakan Bersih 1 (pada 2007),” kata Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan dalam ruangannya di Harakahdaily hari ini.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!