Protes saman ekor dengan kertas undi

Dicatat oleh MisbahulMunir Friday, March 4, 2011

Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Yusof Abdul Wahab (gambar) menyeru para pengundi PRK Dun Merlimau supaya menzahirkan protes terhadap saman ekor melalui kertas undi pada 6 Mac ini.

Katanya, inilah masa yang terbaik dan peluang terdekat bagi rakyat khususnya para pengundi di Merlimau menunjukkan sikap mereka terhadap saman ekor yang seolah-olah merompak wang rakyat.

Menurutnya, kerajaan BN perlu diajar melalui peti undi supaya mendengar keluhan dan rintihan rakyat ekoran menjadi mangsa saman ekor yang dipertikaikan pelaksanaannya sejak dahulu lagi.

“Saya menyeru para pengundi di Dun Merlimau supaya menolak BN dan mengundi calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat untuk memberi peringatan kepada BN supaya jangan sekali-kali mendera rakyat melalui saman ekor,” katanya di sini

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!