Himpunan Hijau Ke Putrajaya PAS Perak berjaya Himpunkan Puluhan Ribu Rakyat

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, June 19, 2012








Saya pengerusi ceramah malam itu, menyaksikan sendiri puluhan ribu rakyat berhimpunan di Masjid Tinggi, Bagan Serai. Program diadakan di dataran Markaz PAS Kawasan Bagan Serai, dalam bangunan penuh sesak, luar dewan sebelah hadapan juga penuh sesak sehingga ke jalanraya, manakala tapak utama program berlangsung di dataran sebelah belakang dewan penuh sesak. 

Himpunan Hijau di Perak adalah lanjutan 100 ribu rakyat yang berhimpun di Alor Setar beberapa minggu yang lalu. 

Sebelah paginya ribuan para pesawah seluruh negara berhimpun dalam satu program yang dianjurkan oleh  Lajnah Pertanian PAS Pusat, penutupannya disempurnakan oleh YAB Datuk Bentara Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sebelah petang pula berhimpun anak-anak muda dalam program eksperesi anak-anak muda negeri Perak bersama dengan artis terkenal Pak Long yang telah menyertai PAS dan beberapa artis undangan yang lain.


Kemuncaknya ialah Himpunan Hijau Ke Putrajaya di sebelah malam dengan kehadiran Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pada malam itu juga Tuan Hj Zabidi Shamsuddin, bekas Ketua Jamaah Nazir Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga bekas Pengarah Jabatan Pendidikan Trengganu telah diisytiharkan menyertai PAS, turut sama diisytiharkan menyertai PAS ialah Cikgu Nadhri Nordin (bekas AJK UMNO Bahagian Gopeng) dan isterinya Hajjah Roslina Ramli (ketika diisytiharkan beliau masih lagi menjadi Ketua Wanita UMNO Cawangan Taman Gopeng Baru).


Sebenarnya ramai lagi bekas-belas pegawai tinggi kerajaan di Perak akan menyertai PAS, siri menziarahi mereka telahpun diadakan. Namun disebabkan sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, mereka tidak dapat dapat hadir untuk mengisytiharkan sebagai ahli PAS.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!