Kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat diputarbelit oleh Media UMNO BN

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, June 14, 2012

Ketua Penerangan tidak pun menyebut dalam kenyataannya yang menyeru ahli PAS menangguhkan hasrat mengerjakan haji sekiranya PRU 13 diadakan pada musim haji. Akibatnya Ustaz Tuan Ibrahim diserang oleh ulama-ulama dalam UMNO, pimpinan parti politik, ngos dan sebagainya. 

Berikut teks penuh kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat.
 

PAS mendesak Perdana Menteri memberi jaminan tidak akan mengadakan pilihanraya pada musim haji tahun ini. Jaminan tersebut perlu bagi menghilangkan kebimbangan jamaah haji berhubung hak mereka sebagai pengundi. Perdana Menteri tidak seharusnya membiarkan hampir 30,000 umat Islam berada dalam situasi tidak menentu kerana sebahagian mereka ada dicadangkan sebagai calon, wakil calon dan pengarah pilihanraya.
Selagi tiada jaminan, ia akan menyebabkan mereka serba salah antara meneruskan hasrat atau menangguhkannya dulu. Kalau mereka sebagai pengundi tidak seberat tekanan sekiranya dipilih sebagai calon, wakil calon dan pengarah pilihanraya. Tambahan pula, seandainya pilihanraya diadakan dalam musim haji ini bermakna kerajaan Umno menafikan hak 30,000 umat Islam untuk menunaikan hak demokrasi mereka untuk mengundi.
Ini sudah tentu akan meninggalkan kesan yang besar kepada keputusan dan peratusan keluar mengundi. Ini melibatkan semua parti politik, dan apa yang penting ialah hak rakyat dalam sistem demokrasi hendaklah dihormati.
Tindakan Perdana Menteri yang bermain teka-teki dalam rahsia tarikh pilihanraya telah menyebabkan banyak spekulasi terhadap apakah tarikh pilihanraya yang besar.
Keadaan ini amat tidak sihat untuk negara kerana sangat mengganggu perancangan pelbagai pihak. PAS melihat kebimbangan Perdana Menteri untuk mengisytiharkan tarikh pilihanraya membuktikan bahawa prospek Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya sudah menjadi satu kemungkinan yang boleh berubah menjadi realiti di sanubari BN.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!