Ihya' Ramadhan anjuran kerajaan negeri mulai menghidupkan suasana Islamik di bandararaya Ipoh setelah dilancarkan 4 September yang lalu oleh YAB MB Perak Darul Ridhuan. Bermula pada malam 15 Ramadhan dan seterusnya setiap malam sehinggalah kemuncaknya pada 27 Ramadhan.
Dataran Bandaraya Ipoh tidak lagi dikunjungi oleh kaki lepak, mat rempit dan remaja yang berpasang-pasangan. Sebaliknya kini, ia kunjungi oleh orang ramai untuk berbuka puasa, solat Maghrib, Solat Isya', tarawikh berjamaah dan tazkirah. Program julung-julung kali ini diadakan mendapat sambutan yang baik oleh seluruh lapisan masyarakat.
Pengisian utama program Ihya' Ramadhan ini ialah Tazkirah yang disampaikan oleh para pendakwah dari seluruh negara. Peluang ini digunakan bagi menyampaikan mesej dakwah kepada penghuni bandaraya Ipoh.
Selain itu, semua pejabat-pejabat kerajaan diarahkan oleh MB Perak supaya mengerjakan solat Zohor berjamaah dan diikuti oleh Tazkirah. Bangunan Perak Darul Ridhuan yang menempatkan Pejabat Menteri Besar dan Pejabat SUK, menjadi contoh antara yang menghidupkan Ihya' Ramadhan dengan program Tazkirah setiap pagi, solat Zohor berjamaah diikuti dengan tazkirah juga setiap hari.
YAB MB Perak sendiri akan berjamaah Zohor disurau-surau Jabatan Kerajaan serta menyampaikan tazkirah selepas Zohor. Bermula dengan Solat Zohor di PTG pada Khamis ini, dan akan diikuti dengan surau-surau di jabatan-jabatan yang lain pada hari-hari berikutnya.