ISU TAPAK PEJABAT AGAMA SUNGAI SIPUT

Dicatat oleh MisbahulMunir Friday, October 10, 2008

Isu ini tersebar dalam SMS sehingga ada pimpinan PAS juga bertanyakan kebenaran mesej dari SMS tersebut kepada saya. Ada yang terus melemparkan tohmahan dengan menuduh MB Perak dan EXCO Islam tunduk dengan kehendak DAP, kepentinggan Islam dipinggirkan kerana menurut kehendak DAP dan kaum Cina.

Sebenarnya kerajaan BN yang terdahulu telah meluluskan tapak tersebut bagi pembinaan sebuah pejabat Agama di Sungai Siput sekiranya nanti Sg Siput dinaikan taraf sebagai sebuah daerah.

Tapak tersebut tidaklah luas sangat , lebih kurang ¼ ekar sahaja luasnya. Lokasinya pula sangat tidak strategic, terletak di celah-celah sekolah jenis kebangsaan Cina, dewan tokong dan tadika perpaduan. Lokasinya juga tidak kelihatan dari jalanraya. Projek pembinaannya pula menunggu sehingga Sg Siput naik taraf menjadi sebuah daerah.

Oleh kerana kedudukan yang cukup tidak strategic, kerajaan negeri yang baru telah mencadangkan lokasi lain yang lebih luas dan besar serta berhampiran dengan masjid Sungai Siput. Tapak tersebut pula diberi pula kepada sekolah Cina bagi dijadikan padang permainan yang kebetulan sekolah tersebut kekurangan ruang untuk tapak permainan dan rekreasi.

Ternyata dakwaan tersebut hanya semata-mata mencari peluang memburukkan kerajaan pakatan.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!