MB Perak dalam Muktamar & Ijtima' Jamiat Islami di Lahore Pakistan.

Dicatat oleh MisbahulMunir Sunday, October 26, 2008



Muktamar Jamiat Islami yang sedang berlangsung mulai 24 - 27hb. November ini di Lahore Pakistan, dihadiri oleh kira-kira 500 ribu ahli dari seluruh Pakistan. Turut dijemput tokoh-tokoh gerakan Islam dari seluruh dunia.

Antara tetamu istimewa yang memenuhi undanagan ke muktamar tersebut ialah Dato' Presiden PAS Pusat. Tn Guru Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir Nizar ,

Setpol kepada MB Perak, Misbahul Munir turut mengiringi MB, dan juga Hj Ismail Yusof, Pengerusi Perhubungan PKR Perak.

MB Perak selain Dato' Presiden diberi penghormatan menyampaikan ucapan di hadapan lebih kurang 1/2 juta ahli-ahli Jamiat islami dari seluruh Pakistan.

Dalam kesempatan berada di bumi Pakistan, MB Perak dan Dato' Presiden serta rombongan dari Malaysia diraikan oleh Dato' Bandar Lahore, juga dijadualkan bertemu dengan ahli-ahli perniagaan terkenal ddi Pakistan.

Berita-berita lain akan menyusul bersama gambar.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!