CERITA DALAM DEWAN

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, May 7, 2009

Polis kawal pintu masuk dewan.
Semua pintu masuk ke Dewan Undangan Neheri dikawal dengan ketat oleh pihak polis, semua ADUN tidak dibenarkan masuk awal walaupun untuk meletakkan barang. Polis hanya memberi kebenaran masuk dewan 9.45 pagi.

ADUN PR ubah kedudukan tempat duduk.
Sebaik dibenarkan masuk dewan, semua ADUN mengambil tempat masing-masing mengikut kedudukan asal. Papan tanda nama dialihkan oleh ADUN PR ke tempat yang asal.

Speaker mulakan sidang.
Speaker mulakan sidang dengan meminta semua ADUN yang digantung tempoh hari oleh JK Hak dan Kebebasan keluar dewan, Speaker mempertahankan keputusan dan pendirian dengan tegas, bukan beliau yang mengantung tetapi JK Hak & Kebebasan. Dewan kecoh dengan pertikaman lidah antara ADUN PR dan BN.

Timbalan Speaker cuba ambil alih tugas Speaker.
YB Hee, Timbalan Speaker cuba ambil alih tugas Speaker tetapi dihalang oleh ADUN-ADUN PR. Semua ADUN BN berkumpul di satu sudut berhampiran meja YB Jelapang dan mencalonkan Speaker baru.

BENTARA Dewan cuba angkat Speaker.
BN mengambil tindakan nekad, mengarahkan Bentara mengangkat Speaker tetapi dihalang oleh ADUN PR. Pembesar suara Speaker ditutup, suara Speaker tidak kedengaran. Sementara itu, Speaker haram BN meneruskan agenda haram dengan membuat perlantikan-perlantikan Jawatankuasa Haram.

Sekarang berlaku dua sidang. Sidang yang dikendalikan oleh Speaker sah dan sidang yang dikendalikan oleh Speaker haram.

Sidang ditangguhkan sejam
Persidangan terus kecoh, akhirnya ditangguhkan oleh Speaker haram sejam. Tuanku Raja Muda belum lagi masuk dewan untuk bertitah.





About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!